View: 3758|Reply: 7
|
'Kalau Suka-suka Nak Berlakon, Asyik Berkepit Dengan Telefon Je Baik Tak Payah Masuk Industri' - Didie Alias Tegur Siapa
[Copy link]
|
|
“Untuk bakat-bakat baharu yang baru atau cuba masuk ke dalam industri, kalau untuk terus kekal relevan maknanya kena siap sediakan diri."
Demikian pesanan dititipkan Didie Alias kepada bakat-bakat baharu yang ingin mencipta nama sebagai selebriti.
IG
Pelakon, pengacara dan pelawak itu menegaskan mereka perlu fokus dan menjaga disiplin tidak kira apa yang diberi pihak stesen televisyen, penerbit dan pengarah.
“Contohnya sekiranya ada di lokasi penggambaran, pastikan bersama pelakon-pelakon lain. Sekarang ni saya tengok, dahulu dan sekarang jauh bezanya. Biarpun saya dan rakan artis lain jarang berjumpa tapi ‘bonding’ kami sangat rapat.
“Walaupun kami tahu kami dah boleh berlakon tapi kami tetap duduk semeja. Jadi kalau boleh buat lah sebegitu,” ujarnya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.
Tambah Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzillah Ali, dia terbuka dan cuba membantu bakat baharu untuk sama-sama menyerlah ketika bekerja bersama.
Malah Didie turut menegur agar jangan bersikap sambil lewa dan memandang mudah dengan bakat yang mereka miliki.
“Jangan sentiasa dengan telefon saja, duduk lah bersama pelakon lain, kongsi dan ambil mood bersama.
“Sayang sekiranya dapat berlakon bersama pelakon hebat tapi tak manfaatkan peluang itu. Kami sebagai orang lama kena bersatu dengan bakat baharu.
IG
“Sesiapa nak masuk industri jangan main-main, jangan sia-siakan bakat yang ada, jadikan ini periuk nasi anda, kalau mereka hanya suka-suka nak berlakon, tak payahlah masuk industri.
“Saya sayang dengan bakat-bakat baharu yang ada kerana mereka lah pelapis industri pada masa depan. Jadi saya kadang-kadang tegur atau beri tunjuk ajar mana yang sempat, tapi selebihnya pada diri mereka sendiri.” katanya ringkas.
Sumber: Xtra |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la tu di era 2023 ni semua berkepit dengan fon jah...
orang tua la kena biasakan diri tengok pemandangan sedemikian.. nak buat macam mana teknologi dah take over kehidupan manusia...
kalau lahir tahun 2000 ke atas confirm duk bertiktok bagai jugak berkepit dengan fon... pergi umrah pun henfon berjahit dekat tangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg berkepit dgn phone tu lah yg banyak job. Asik in contact dgn PA..client...press...update socmed etc
Yg takde pegang phone tu lah yg sendu.... acah2 focus kat set. |
|
|
|
|
|
|
|
Meluat betol pelakon2 tua ni semua. Semua nak suruh sembah ratu, sembah hormat, melangut ngadap muka engko. Dah namanya in between scene, tgh break, bior kedia la nk tgk phone ke, nk buat video ke, ko sakit hati sgt da knp?? Habis ko nk diorang ngadap je kaki ngko yg gout tu? Belek tangan ko yg dah timbul2 vein + tompok2 itam dkt kulit ngko? Gitu? Dok nempel dgn ko bkn dpt duit pon. Dok laaa membawang pasal org tu, pasal org ni.
Beredar la mengikut masa, wahai si tua oiii. Jgn dok takuk tuuu je. Skrg online ni lubuk duit. Kau offline, duit kau pon off. Jgn nk palatao sgt. Sikit hari kang mintak derma. Kalau kau berjaya sgt sbb dok bercampur gaul nempel dkt set, brp saving engko? Ke mintak derma jgk utk ubat ubatan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annadonna at 3-8-2023 10:05 AM
Aku rasa dia cakap pasal adab, akhlak dan profesionalisme. Simple. Bukan pasal boleh tengok fon atau tak. |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 3-8-2023 10:03 AM
Aku rasa dia cakap pasal adab, akhlak dan profesionalisme. Simple. Bukan pasal boleh tengok fon atau ...
btl...dia pn ada ank2 gen z...ok ja dia bertiktok bgai... |
|
|
|
|
|
|
|
menyampah betul bila org tua asyik nak golongan muda jah yang patut adapt dengan golongan tua. patutnya achik2 tua ni kena la 'masuk' dlm kelompok anak2 muda. try to understand them. zaman dah berubah achik oiiii...dulu nkorang duduk semeja sebab nak bergusip kannnnn....jgn nak deny eh...moncong2 juih mulut korang bergusip sesama. dulu mana ada smart phone bagai ....paling kuat achik pakai motorola phone yang sebesar botol bekal minuman cucu achik skang ni haaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 2-8-2023 06:29 PM
Yg berkepit dgn phone tu lah yg banyak job. Asik in contact dgn PA..client...press...update socmed e ...
Pastu bising takde job..nak hired personal manager, kedeks..boleh tak ckp mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|