CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Pusat Jagaan Kanak-kanak Didakwa 1,600 Kesalahan Penderaan Seksual Terhadap 91 Kanak-Kanak

2-8-2023 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2573| Komen: 4

Mahkamah Australia mendakwa bekas pekerja di pusat penjagaan kanak-kanak dengan lebih 1,600 kesalahan penderaan seksual terhadap 91 kanak-kanak.

Lelaki berusia 45 tahun itu didakwa menyasarkan mangsanya di 12 pusat jagaan di seluruh Australia dan luar negara antara 2007 hingga hari penahanannya pada tahun lalu.



Gambar hiasan

Tuduhan termasuk 136 pertuduhan merogol dan 110 melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun.

Polis Persekutuan Australia (AFP), Asisten Komisioner Justine Gough menyifatkan kes itu sebagai amat serius.

Katanya, lelaki terbabit melakukan perbuatan itu di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Queensland, satu di New South Wales (NSW), manakala satu lagi di luar negara.

"Seramai 87 kanak-kanak Australia yang didakwa didera lelaki itu semuanya sudah dikenal pasti dan dimaklumkan mengenai siasatan.


"Pegawai masih bekerja dengan penguat kuasa undang-undang luar negara untuk menentukan identiti empat mangsa lain," katanya.

Gough berkata, lelaki itu dilaporkan kepada polis pada 2021 dan 2022, namun tiada bukti kukuh untuk polis mengambil tindakan pada masa itu.

Lelaki itu didakwa menggunakan telefon dan kameranya untuk merakam perbuatan terkutuknya itu.

Sebanyak 4,000 imej penderaan seksual kanak-kanak ditemukan ketika penahanan suspek, pada Ogos lalu.

Penyiasat berkata, mereka berjaya menjejakinya selepas mengenal pasti item dalam latar belakang imej dan video di web tertutup (dark web) dan mengesannya ke sebuah pusat di Brisbane.

Penggeledahan hartanah termasuk rumahnya mendedahkan peranti yang dipenuhi dengan imej penyalahgunaan serta bukti lain yang membantu mereka mengenal pasti mangsa lanjut di NSW.

Suspek yang masih belum disiarkan namanya, sudah direman, dan dijadualkan hadir ke Mahkamah Majistret Brisbane pada 21 Ogos ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 2-8-2023 10:21 PM
Mek tak faham, kenapa ada orang taste dengan budak, mak buyong, orang tua, mayat atau lubang binatang eh?
Quote BumpIQ 2-8-2023 11:34 PM
mujur berita ni bukan mek yah

mek yah dulu sekadar ada niat nak dera budak je siap nak di lempornya ke dinding sampai budak tu arwah

takde lah mek yah sampai nak buat macamni dekat budak2

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.253684 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top