CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Bukan Islam Di Pulau Pinang Jangan Takut Dengan Pas, Orang Melayu Sangat Baik - Hadi

2-8-2023 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2339| Komen: 14

Golongan bukan Islam khususnya di Pulau Pinang diseru supaya tidak takut dengan Pas kerana Islam itu fitrahnya aman dan negeri itu pasti akan diperintah dengan adil.

Mereka juga tidak akan dipinggirkan sekiranya Pas diberi mandat untuk memerintah, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang


Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, orang Cina dan India yang tinggal di Kelantan dan Terengganu hidup dengan aman bersama-sama orang Melayu sehingga kini meskipun berada di bawah pemerintah Pas.


FB

"Islam memerintah dengan adil, jangan takut, orang bukan Islam jangan takut. Orang-orang Melayu ini sangat baik, orang Cin, India boleh hidup di Kelantan, di Terengganu. Mereka hidup di tengah-tengah orang Melayu dengan aman.

"Perpecahan tak berlaku di Kelantan dan Terengganu walaupun pemerintahan Islam. Jangan takut, mari bersama kita.

"Cuma cara DAP, cara Pakatan Harapan (PH) ini yang (jadikan) kacau-bilau... menimbulkan ketegangan. Kita ajak buat perubahan pilihan raya ini, keluar mengundi beramai-ramai," katanya.


Abdul Hadi berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada program Ceramah Mega PN Best di Permatang Sungai Dua, Butterworth hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad, selain beberapa calon PN Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, beliau gembira kerana ramai anak muda telah 'berubah' dengan memilih untuk menyokong Pas dan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pengundi di saluran satu kebanyakan masih setia dan tidak berubah namun percaya akan berlaku perubahan kelak.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyeru rakyat di enam buah negeri terlibat dengan PRN menunaikan tanggungjawab mereka demi memastikan berlaku perubahan di peringkat Pusat selepas ini. 


SUmber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulfahmimaidin 2-8-2023 05:40 PM
sila jgn samakan agama/bangsa dgn parti mcm org putih amalkan klu klax kan..nk mcm tu sila pindah ke amerika dah berkawan dgn KKK
Quote Decaffeinated 2-8-2023 05:41 PM
Aku yang melayu ni pun tak percaya
Quote airfilterkotor 2-8-2023 05:54 PM
"Golongan bukan Islam khususnya di Pulau Pinang diseru supaya tidak takut dengan Pas kerana Islam itu fitrahnya aman dan negeri itu pasti akan diperintah dengan adil."

Ko memberi isyarat seolah agama isele tidak boleh berdiri dengan sendiri tanpa Pas.
Quote Bedah.Cun 2-8-2023 05:56 PM
Kau patut dah bezakan dah agama dengan parti. Serabut mak dengan tema2 agama dalam politik neh lah!
Quote FOTHER-MUCKER 2-8-2023 06:04 PM
Orang islam sendiri pun tak suka dan tidak percaya dengan PAS!
Quote namr 2-8-2023 06:04 PM
eeeee takut,seram dgn dia nih
Quote tripleid 2-8-2023 06:28 PM
Drpd mgasut org penang yg hidup muhibbah pelbagai kaum,baik ko angkut balik org kelantan yg ramai merempat kat Penang cari makan sbb kat kelatan takde kerja.
Quote steven.l 3-8-2023 09:04 AM
Cakap dia mana boleh percaya. Cakap tak serupa buat.
Quote Kemaruk-Taikk 4-8-2023 03:34 AM
sama Colplay pun kecut...apoooo
Quote harkktuih 4-8-2023 07:55 AM
jangan la percaya taliban tua ni..
Quote Lampuled 4-8-2023 08:17 AM
Takde org pun yg takut, korang je yg sll menakut-nakutkan org tak kiralah non muslim or muslim. Uolls takde pun i percaya Islam boleh je bersinar di bumi Malaysia ni. ramai je org islam berkualiti, berdaya saing, berilmu kat negara ni.
Quote juboqhang 13-8-2023 02:14 AM
Lalang ni bila la nak bersara hentah…

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.101899 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top