CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dera Anak Kucing- Tendang Guna But Keluli, Rendam Dengan Bahan Peluntur, Siram Air Panas, Pukul Dengan Mop, Hancurkan Gigi

2-8-2023 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2350| Komen: 8

LONDON: Seorang lelaki di United Kingdom (UK) bersalah menyeksa anak kucing teman wanitanya dengan menembak dan merendam haiwan itu dengan bahan peluntur sebelum memukulnya sehingga mati.

Lewis Hudson dari Netherley di Liverpool dijatuhi salah satu hukuman penjara yang paling lama untuk kekejaman terhadap haiwan.

Daily Mail melaporkan, Lewis, 23, didapati menendang Binx yang berusia 11 bulan dengan menggunakan but keluli, menyiramnya dalam pancuran air mandian panas dan menghancurkan gigi anak kucing itu.


Binx, Foto: Daily Mail

Dia dikenakan hukuman penjara selama 27 bulan dan larangan seumur hidup untuk memiliki haiwan peliharaan kerana mendera kucing betina tersebut.

Menurut Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA), Binx mengalami `tahap keganasan fizikal dan penderitaan psikologi yang mengerikan’ untuk tempoh yang lama sebelum kucing itu dipukul hingga mati.


Hukuman dikenakan oleh Mahkamah Liverpool Crown terhadap Lewis pada 26 Julai lalu, dipercayai merupakan antara hukuman penjara paling lama pernah dijatuhkan bagi kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2006.

Lewis, Foto: Daily Mail

RSPCA bekerjasama dengan pihak polis untuk mendakwa Lewis yang mengaku bersalah atas dua kesalahan kebajikan haiwan berkaitan Binx.

Mahkamah dimaklumkan perbuatan mendera itu bermula selepas Lewis berpindah ke sebuah pangsapuri di Prescot, Merseyside bersama teman wanitanya dan Binx pada Ogos 2021.

“Sejak itu, beberapa kejadian berlaku termasuk meninggalkan anak kucing di bilik mandi dengan pancuran air panas mengalir untuk tempoh lama, menembaknya dengan pelet dari pistol BB dan memukul menggunakan mop yang direndam dalam bahan peluntur.

“Dia juga merakam dirinya menendang anak kucing itu dengan but keluli sehingga menyebabkan haiwan itu menjerit kesakitan,” jelas laporan itu.

Rakaman video menunjukkan beberapa kecederaan berlaku pada kucing itu dan penderaan berterusan selama kira-kira lapan bulan. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 2-8-2023 04:45 PM
semoga kau mereput di dunai
merana dan terus mereput dan rasa kesakitan tu setiap masa.
Quote AbukRokok 2-8-2023 05:53 PM
Marah gf
Kucing dimangsakan
Quote Bedah.Cun 2-8-2023 05:55 PM
Bangsat punya jantan!
Quote SecretLuv 2-8-2023 06:05 PM
Ya Allah kesiannya nasib kucing tu.. Tak dapat nak bayangkan betapa terseksanya dia selama 8 bulan tu. [em:9:]
Gf dia pun tak tolong langsung ke
Quote zuuu 2-8-2023 06:25 PM
Adoi sakit hati betul baca beita macam ni,moga ko mnderita sakit 100 kali ganda lagi teruk dari apa yg ko dh buat pada anak kucing tu
Quote rosedemon 3-8-2023 09:27 AM
ko knp sibaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.035787 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top