Amelia Henderson tetap dengan pendirian tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit drama Datuk A. Aida seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, dia sudah mendapat perintah dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu bagi penggantungan untuk membuat permohonan maaf termasuk tidak perlu menurunkan semula video tentang A. Aida yang dikongsi di media sosial miliknya sebelum ini.
Dia memberitahu penangguhan itu diteruskan sehingga keputusan rayuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan. "Saya hormati keputusan mahkamah sebelum ini. Tindakan rayuan ini adalah untuk membuktikan kebenaran di pihak saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam dan bukan buat keputusan sesuka hati. "Saya telah mula berlakon sejak kecil. Kalau ada yang mempersoalkan kerjaya ini, pasti saya akan terasa. Saya tidak akan melakukan sesutau yang boleh memberi kesan kepada kerjaya," katanya kepada mStar.
Pada Ahad lalu, A. Aida dalam sesi temu bual dalam progam Melodi masih menanti permohonan maaf daripada Amelia selain menggesa aktres itu menurunkan video fitnah terhadapnya di laman sosialnya. Amelia menambah, dia lebih senang untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana enggan menganggu proses mahkamah. "Mungkin ramai yang salah faham dengan tindakan saya ini. Saya pun tidak mahu menjawab sebelum ini kerana menghormati privasi kes yang sedang berjalan. "Apa yang saya harapkan semua orang akan mendapat keadilan dalam kes ini. Apa sahaja keputusan rayuan nanti saya akan hormati," ujarnya. Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000 susulan melanggar kontrak pembabitannya drama drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Productions. -CARI Suber: mStar
|
adelea replied at 2-8-2023 02:54 PM
Yg si idris tu aman aman je setel , awat minah ni tak setel2 ekk
ellZack replied at 2-8-2023 04:47 PM
Idris dah minta maaf. So, tak proceed dengan saman.
Amelia tak nak minta maaf - proceed dengan sam ...
ADVERTISEMENT