CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5027|Reply: 21

Amelia Henderson Tetap Tak Nak Minta Maaf, Tak Mahu Turunkan Video Tentang A.Aida

[Copy link]
Post time 2-8-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Amelia Henderson tetap dengan pendirian tidak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penerbit drama Datuk A. Aida seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.


Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, berkata, dia sudah mendapat perintah dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu bagi penggantungan untuk membuat permohonan maaf termasuk tidak perlu menurunkan semula video tentang A. Aida yang dikongsi di media sosial miliknya sebelum ini.


Dia memberitahu penangguhan itu diteruskan sehingga keputusan rayuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Oktober depan.


Foto: IG




"Saya hormati keputusan mahkamah sebelum ini. Tindakan rayuan ini adalah untuk membuktikan kebenaran di pihak saya. Saya telah mendapatkan nasihat peguam dan bukan buat keputusan sesuka hati.


"Saya telah mula berlakon sejak kecil. Kalau ada yang mempersoalkan kerjaya ini, pasti saya akan terasa. Saya tidak akan melakukan sesutau yang boleh memberi kesan kepada kerjaya," katanya kepada mStar.


Pada Ahad lalu, A. Aida dalam sesi temu bual dalam progam Melodi masih menanti permohonan maaf daripada Amelia selain menggesa aktres itu menurunkan video fitnah terhadapnya di laman sosialnya.


Amelia menambah, dia lebih senang untuk tidak mengulas lanjut tentang isu berkenaan kerana enggan menganggu proses mahkamah.


"Mungkin ramai yang salah faham dengan tindakan saya ini. Saya pun tidak mahu menjawab sebelum ini kerana menghormati privasi kes yang sedang berjalan.


"Apa yang saya harapkan semua orang akan mendapat keadilan dalam kes ini. Apa sahaja keputusan rayuan nanti saya akan hormati," ujarnya.


Pada 7 April lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Amelia untuk membayar ganti rugi sebanyak RM213,000 susulan melanggar kontrak pembabitannya drama drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan A. Aida Productions. -CARI


Suber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg si idris tu aman aman je setel , awat minah ni tak setel2 ekk
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat sgt la DNA kelly ko tu. Ckp berbelit, tarak paham bahasa, keras kepala. Mmg patut le tak jadi che puan negeri kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So kau nak cakap apa ni Amelia? Keputusan hakim sebelum ni tak betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan mana salah kan
Si Deris gak aman2 je hidup
Bkn org ingat sangat pun bila dah setel diam2
Tapi bila berlarutan gini org akan ingat jela pasal kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la bertemu buku dgn ruas. Dlo eksyen sgt nk artis yg ada rupa shja bakat xperlu boleh di gilap katanya. Dpt la kualiti yg dia nak. Padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak lah bukannye harga barang turun pun
Next time hati2 baca kontrak sblm sign ye..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 04:27 PM | Show all posts
kalau rayuan kalah jugak menangis lagi ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 04:29 PM | Show all posts
apa yg degil sangat kau nih

arinih topik cikpiah kat suria, mana yg lebih susah? meminta maaf atau memaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 2-8-2023 02:54 PM
Yg si idris tu aman aman je setel , awat minah ni tak setel2 ekk

Idris dah minta maaf. So, tak proceed dengan saman.
Amelia tak nak minta maaf - proceed dengan saman - kalah dan kena bayar ganti rugi dekat Aida.

Sekarang Amelia dekat phase rayuan. Refused untuk bayar ganti rugi sebab rasa tak bersalah, jadi nak ajak sambung bergocoh. Oktober nanti baru boleh tau court bagi sambung bergocoh atau tetap bersalah dan kena bayar ganti rugi.

Tindakan Amelia tak nak turunkan video tu betul la. Sebab dia tak mengaku bersalah walaupun court kata bersalah. Kalau rayuan nanti gagal, mungkin time tu baru kena turunkan la kot.

Aida la tak faham. Amelia ongoing rayuan sebab yakin tak bersalah, nak suruh minta maaf kenapa. Selagi tak keluar keputusan rayuan, tak ada sebab untuk Amelia minta maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dna dkk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Keras kepala jugak minah ni. Tapi aku harap dia kalah kes ni hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Keras kepala ego dan kekwat...
Semoga ko kalah je lah nyahhh....

Biar meroyan ko bayar saman tu...

Dah keturunan pari pari tu memang pari pari jugak la...

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
iq 180
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 08:17 PM | Show all posts
ellZack replied at 2-8-2023 04:47 PM
Idris dah minta maaf. So, tak proceed dengan saman.
Amelia tak nak minta maaf - proceed dengan sam ...

ye betul!  sbb tu kena cerdik undang2.  agaknya sebab tu si aida ni asyik kena tipu jah sebab tak begitu cerdik undang2...i bet amelia ni tetap akan minta maaf so on and so forth kalau dah mahkamah rayuan pun dia kalah...sekarang masih on going....to amelia...you go gal!

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila ada kes mahkamah mcm ni boleh ke sheols jd duta produk? Mcm kakfaz dulu empat tahun kes berjalan, company cancel jadi duta dan collab.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
ai team acik dato aida

asal dia x guna nama isle dia ….segan ke…umpa sajat lah x nk guna nama jantan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 ketegaq biji. Tahun 2070 nt pun xsettle lg, hihihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Nek aida mgkn xtau minah ni nk file dkt mahkamah tinggi, nk buat rayuan. Dia mgkn igt minah ni kalah so byr gnti rugi n mtk maaf.

Mgkn nek aida pn xdpt apa2 update lg dr lawyer., surat pn blm keluar la kot kn pggl g court skali lg..

Pe2 pn klu dh sign kontrak tu, sila bc btl2.. Jgn dok suka suki je tu la sbb org sign kontrak utk perlindungan bila jd kes mcmni la.. Ikut sdp rasa jah nk dtg shooting dtgla.. Klu xnak biar gitu je. Dia bkn kerja sorg.. Rmi lg org2 sebalik tabir yg terlibat yg terkesan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2023 09:17 AM | Show all posts
xpela dia byk modal nk bayarkan saman 200k
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.065713 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list