CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Di Usia 46 Tahun, Saya Dimarah Dan Dimaki Hampir Setiap Hari Oleh Orang Atasan,"-Menangis Depan Kawan Kerja, Lelaki Hadapi Tekanan Mental

2-8-2023 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8181| Komen: 96

Seorang lelaki menceritakan pengalamannya dibuli teruk di tempat kerja sehingga menjejaskan kesihatan mental dan fizikalnya.

Dalam rakaman yang dimuat naik di Tiktok, lelaki yang berusia 46 tahun itu memegang jawatan yang agak tinggi dan perlu melapor kepada dua orang pegawai atasan.


Foto: Kosmo

“Ia Merupakan pengalaman yang sangat pahit untuk saya sebab saya dibuli hampir setiap hari sehingga tekanan darah saya naik mendadak.

“Pada awalnya, saya tidak tahu saya dibuli. Masa itu, saya rasa saya yang salah. Bayangkan, ketika saya berusia 46 tahun, saya dimarah dan dimaki hampir setiap hari,” ceritanya.

Tambahnya, dia juga pernah menangis di hadapan rakan-rakan sekerja kerana tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi.

“Walaupun saya banyak pengalaman dan dikira sebagai pekerja yang ‘seasoned’, saya masih lagi menangis teresak-esak seperti budak kecil.


“Disebabkan tekanan yang melampau, saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan,” katanya.

Dia terkejut apabila mendapati doktor yang ditemuinya pada hari tersebut pernah berurusan dengan orang atasannya.

“Doktor telah memberikan saya preskripsi untuk kondisi yang dialami dan menasihati saya untuk ke Institut Jantung Negara secepat mungkin.

“Namun, doktor tersebut juga sempat menitip pesan lain supaya saya berhenti bekerja di tempat tersebut,” katanya.

Menurutnya, doktor tersebut pernah berjumpa dengan orang atasannya beberapa kali dan hampir setiap doktor di klinik tersebut enggan berurusan dengannya.

“Kalau orang dekat sini pun tidak tahan dengan bos awak, saya tidak pasti macam mana awak boleh bekerja dengannya dalam satu tempoh masa yang lama,” katanya.

Tambah lelaki tersebut, kejadian buli itu telah membuatkannya panik, resah dan sukar untuk bekerja seperti biasa.

“Walaupun perkara ini sudah lama berlaku, saya masih lagi rasa trauma dengan pengalaman saya di tempat kerja tersebut.

“Sekiranya ada yang mengalami masalah seperti saya, dapatkan rawatan secepat mungkin. Semakin cepat kita dapat rawatan, semakin pantaslah kita dapat selesaikan masalah ini,” nasihatnya kepada pengguna TikTok yang lain. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 2-8-2023 02:51 PM
Silap silap kena buang. Mana boleh adu domba cam ni, kena marked nanti.
Baik adu kat pejabat buruh. Ikut saluran tepat yang jitu.

Tulah masing2 ada fon, nak recording ajer kerjanya.
Quote otai_g 2-8-2023 03:00 PM
Jgn la buat pasal even hal kerja. Zaman skrg rmi org sakit mental. Ko buat langsi skit sia2 kena tikam. Silap2 org x puas hati psg bom kat kereta ko
Quote BumpIQ 2-8-2023 03:02 PM
mujur bukan mek yah

dalam kes mek yah
mek yah yang suka maki orang sambil la haula wala quwwata illa billah
Quote becir 2-8-2023 03:02 PM
Dr tan orang atasan tu mmg perangai kat tempat keje before pun sama perangai suka maki hamun. Maybe mental macam si juma kot
Quote ally9970 2-8-2023 03:04 PM
Umur 46 thn pegang jawatan tinggi pun boleh kena buli. It shows you are not seasoned enough...
Quote _blackbird 2-8-2023 03:12 PM
BumpIQ replied at 2-8-2023 03:02 PM
mujur bukan mek yah

dalam kes mek yah

jgn lupa mekyah juga terus banned customer sendiri kalau rate kurang dari 5 bintang


Quote Purplehaz 2-8-2023 03:40 PM
Berhentilah jelah bang..kesihatan mental tu lg penting,  hati kena tenang, tidur biar lena.
lagi 4 thn dh boleh keluar epf kan. Planning la buat bisnes kecil kecilan ker.

My tips ...Sbb tulah menabung dari mula tu tersgt penting bukan saje utk emergency..tp utk persaraan awal..jika perlu.
Quote chandrahusin 2-8-2023 03:49 PM
becir replied at 2-8-2023 03:02 PM
Dr tan orang atasan tu mmg perangai kat tempat keje before pun sama perangai suka maki hamun. Maybe  ...

Kannn.. dr org yg pnh keja dgn Dr Tan
Mmg dia pembuli katanya
Aku pnh kenal dgn salah sorang
Smpai anxiety bila nak jumpa
Mslhnya bkn Dr Tan sorang bos mcm ni
Ramaiii
Heshe ni pun dh resigned pun dr keja dgn Dr Tan
Quote ifanonline 2-8-2023 03:51 PM
budaya bully di kalangan rakyat malaysia ni memang prevalent...di sekolah kena bully, di asrama kena bully, di tempat kerja kena bully...

sebenarnya ubat kpd pembully ni pukul dier kaw2 je...
Quote rossa_queen 2-8-2023 03:53 PM
Dia ni dah resign pun. Tu yang berani cerita tu.

Meaning memang teruk betul si Dr Tan tu ya. Boss from hell kekdahnya. Mesti kerja dia dok menghina staff bawahan dia je tu. Menghina yang paling hina dina campur memaki hamun level gila babi.
Quote becir 2-8-2023 03:58 PM
chandrahusin replied at 2-8-2023 03:49 PM
Kannn.. dr org yg pnh keja dgn Dr Tan
Mmg dia pembuli katanya
Aku pnh kenal dgn salah sorang

I rasa GLC badan berkanun semi gomen mmg gini perangai..kalau dah masuk mgmt mmg rasa diaorg kebal namatey main steamrolled je orang2 bawahan tak pikir perasaan. Tapi i notices Dr tan ni tak kena sambung kontrak lepas this guy resigned
Quote chandrahusin 2-8-2023 04:06 PM
becir replied at 2-8-2023 03:58 PM
I rasa GLC badan berkanun semi gomen mmg gini perangai..kalau dah masuk mgmt mmg rasa diaorg kebal ...

Ada 1 kes kat GLC jgk
Sorang bos ni mmg suka maki2 staf
F word pun sebut
1 ari kena rakam ms tgh2 maki2
Rupanya yg rakam anak 1 of ex director Company
Ambik kau terus kena 24 hrs notice
Tapi itu laaaa
Sbb anak director terus kena lah
Cuba klu marhaen mcm aku rakam2.bos
Mmg aku la yg kena halau
Quote brego 2-8-2023 04:09 PM
Edited by brego at 2-8-2023 04:24 PM

berenti jer keje
mental health lagi penting than everything

aku resign hujung bulan ni,
selepas 23 tahun di company yg sama

sebelum kena transfer to a new department from hell ni,
19 tahun aku keje dengan happy,
and for the last 4 year, aku jadi baran, jadi keras
dengan mak aku pun kena marah, sampai nangis2

aku jadi manosia yang burok perangai,
punca dari bos yang bangang,
dan budaya keje yang bodoh nak mampus.
secara tak langsung, aku pun terprogram jadi manosia toksik


[youtube]VruK2uDVFsk[/youtube]


Quote becir 2-8-2023 04:13 PM
chandrahusin replied at 2-8-2023 04:06 PM
Ada 1 kes kat GLC jgk
Sorang bos ni mmg suka maki2 staf
F word pun sebut

Marhaein cam kita kalau rakam sebar kat socmed je terus..tu je caranya
Quote noor2 2-8-2023 04:14 PM
X reti2 nk tukar kerja ke apa...lemah betul la..patutla kena buli
Quote brego 2-8-2023 04:15 PM
ifanonline replied at 2-8-2023 03:51 PM
budaya bully di kalangan rakyat malaysia ni memang prevalent...di sekolah kena bully, di asrama kena ...

pukul kena tangkap

nak best kasi santau,
biar mati lepas dia menderita bertahun tahun
Quote noor2 2-8-2023 04:20 PM
brego replied at 2-8-2023 04:09 PM
berenti jer keje
mental health lagi penting than everything


Pi cari kerja baru atau buat bisnes sendiri...lagi tenang hidup...
Quote sranua 2-8-2023 04:22 PM
Ada satu kes nak kongsi jgk...kisah bos yg mmg mulut lagi laju dari tangan....sape je yg tahan. Hari minggu pun suruh datang kerja. Yg tak ikut..nasiblah SKT mmg 60 je dapat.
Sekali my friend ni...dia yg dapat markah 60 tu..dia buat strategi....dia intip rekod, berapa kali maki, berapa kali masuk lambat, berapa kali bos dia keluar pejabat dengan kawan-kawan waktu bekerja.
Dah lengkap rekod tu dia hantar kat bos besar. Siap ada ayat bukti akan dihantar pada BPPA dan SPRM jika tindakan tidak diambil.
Tak sampai seminggu tukar dept terus bos tu.
Quote Yoonggi 2-8-2023 04:22 PM
teruk betul la klu dpt boss from hell camni. baik resign dari terseksa mcm tu

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067330 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top