CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kisah Sedih Di Sebalik Konsert Muse- Penganjur Sendiri Terpaksa Duduk Dalam Bilik, Tak Boleh Tengok Live Depan Mata

2-8-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6109| Komen: 48

Konsert Muse Will of the People World Tour yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Julai lalu mendapat sambutan luar biasa peminat.

Di sebalik kemeriahan konsert tersebut, terdapat kisah sedih daripada pihak penganjur sendiri yang bertungkus lumus merialisasikan penganjuran konsert tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf memberitahu  dia terpaksa duduk di bilik rawatan stadium berkenaan ketika konsert berlangsung disebabkan terlalu panik sehingga mengalami serangan anxiety.

Foto: IG

Adam berkata, perasaan risau mula timbul apabila Muse lewat muncul di atas pentas sealin ketika itu dia perlu menguruskan pelbagai perkara bagi memastikan konsert berjalan lancar.

"Bila pukul 8.30 malam masih belum mula, saya dapat banyak panggilan tanpa henti. Saya berlari merata tempat untuk pastikan semua okay.


"Pukul 9.10 malam saya dah mula risau apabila konsert belum bermula. Anxiety saya datang sampai duduk dalam bilik rawatan. Saya memang kecewa sangat.

"Apabila dimaklumkan Muse sudah buat persembahan, tahap lega saya hanya Tuhan sahaja tahu," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Apa lebih mengecewakan kata Adam, dia langsung tidak dapat menyaksikan kumpulan kegemarannya itu beraksi sepanjang konsert berlangsung kerana berada di bilik rawatan.

"Memang sedih sebab momen untuk menyaksikan Muse di depan mata tak kesampaian," ujarnya.

Bukan hanya tidak dapat menonton konsert berkenaan, Adam juga terlepas peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama anggota Muse ketika mereka datang ke Kuala Lumpur.

Bahkan dia terpaksa mencari rakaman konsert berkenaan menerusi perkongsian di laman sosial bagi merasai situasi sebenar yang berlaku pada malam tersebut.

"Saya langsung tidak berjumpa Matt (vokalis) dan yang lain walau saya sendiri menjadi penganjur. Segala usaha lima bulan sia-sia sebab tidak dapat tengok hasilnya.

"Saya kena cari video untuk lihat persembahan mereka semula. Kalau aa video yang cantik boleh kongsikan," ujarnya.

Mengimbau kembali usaha menganjurkan konsert tersebut, Adam juga tidak menyangka dia bersama pasukan produksi berjaya mendapatkan persetujuan pengurusan Muse ketika berkunjung ke London sebelum ini.

"Saya cakap dekat semua, konsert Muse adalah yang paling saya mahu buat sebab abang saya minat mereka. Ini hadiah buat abang.

"Siapa pernah sangka, saya redah ke London dengan rakan perniagaan dan seolah tidak percaya sebuah syarikat 'cap ayam' diberi peluang untuk anjurkan sesuatu yang tidak terfikir dek akal," jelasnya.

Konsert yang berlangsung itu berjaya memukau lebih 53,000 penonton termasuk peminat dari luar Malaysia.

Kuala Lumpur menjadi satu-satunya lokasi konsert jelajah tersebut di Asia. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2023 01:37 PM
Ingatkan abe Matt takbagi tengok
Choii
Quote supernaturalee 2-8-2023 01:45 PM
nah adam
enjoy

intro die mcm lagu makhluk tuhan plg seksi la

[youtube]8FFG89gw6o4[/youtube]

Quote Themilo 2-8-2023 02:05 PM
Edited by Themilo at 2-8-2023 06:10 AM

weols yang duduk di puncak pun macam nak melompat tutun ke bawah jaaa.. memang best gila kott.. tapi sebab beli tiket PPRT, terpaksa la rock-rock sopan..
Quote _kelly 2-8-2023 02:21 PM
memang best gila..matt telan spotify
iols hilang suara pakej sakit badan sebab melompat macam budak remaja
Quote OshinDaSolja 2-8-2023 05:05 PM
iollz minat jugak Muse, tp bukan fanatik laa..lagu time is running out tu mmg best...tima kasih Muse promote Langkawi
Quote ifanonline 2-8-2023 05:49 PM
muse ni tak boleh bawa anda ke syurga
Quote sharlenetexas 2-8-2023 06:06 PM
ifanonline replied at 2-8-2023 05:49 PM
muse ni tak boleh bawa anda ke syurga

Menyibuk sangat pasal puting buat tambah dosa.

Quote dua_chzy 2-8-2023 10:33 PM
supernaturalee replied at 2-8-2023 05:45 AM
nah adam
enjoy


Aiyoyoyoyooooo uolsszzzzz bestnyaaaahhhhh

Huntong lah dapat piiiiiiiii

Ni punya level berbaloi beli tiket rega riban2 pon.
Quote she 2-8-2023 10:36 PM
Best…konsert Muse ketiga buat macik

Tapi bila tengok video drone
Kenapa kosong eh seat
Pastu dengan standing pun nampak ketara tak penuh

Betul ke 53k
Quote becir 2-8-2023 10:44 PM
Sampai skrg takde explaination why they started late ek
Quote evlinne 2-8-2023 10:45 PM
Bestnyaaa dapat pegi
Nk pegi tpi xde sape bleh teman
Sblum ni nmpk gak adam ashraf punya fb tu ada cite dia nak invite Muse, hebat gak Muse bleh setuju buat konsert kt KL
Quote _kelly 2-8-2023 10:49 PM
becir replied at 2-8-2023 10:44 PM
Sampai skrg takde explaination why they started late ek

ada, they all release official statement kat ig page konon ada issue with the barricade kat standing section, nak ensure safety semorang..cakap tunggu sebab issue traffic la dan opkos kena bash la ngan netizen
Quote _kelly 2-8-2023 10:51 PM
she replied at 2-8-2023 10:36 PM
Best…konsert Muse ketiga buat macik

Tapi bila tengok video drone

standing A kosong..standing B, C penuh je macik tapi seat memang banyak kosong..dah la kita kurang 3 lagu dari region lain kan
Quote she 2-8-2023 10:57 PM
_kelly replied at 2-8-2023 10:51 PM
standing A kosong..standing B, C penuh je macik tapi seat memang banyak kosong..dah la kita kurang ...

Tu yang pelik
Dia kata 53k

Bayangkan seat kuning tu melopong aje kan
Memula ingat orang lambat masuk
Quote she 2-8-2023 11:02 PM
Macik rasa konsert BlackPink ritu 60k
Nampak full stadium

Entahlahhhh dek
Jangan2 Matt merajok tengok stadium tak full kot
Quote _kelly 2-8-2023 11:30 PM
she replied at 2-8-2023 11:02 PM
Macik rasa konsert BlackPink ritu 60k
Nampak full stadium


kann kat seat tu mmg nampak sangat kosong..harap muse tak merajuk nak datang malaysia lagi, dengan lambat la, stadium tak penuh la..nasib baik crowd happening jugak

iols rasa organizer duk buat citer sedih nak justify salah dorang la kot dah kena maki2 ngan netizen..siap ada yg komen kat ig muse cakap next time amek organizer lain
Quote B40tastePosh 3-8-2023 12:14 AM
Terharuuuu

Quote Orix 3-8-2023 12:44 AM
she replied at 2-8-2023 11:02 PM
Macik rasa konsert BlackPink ritu 60k
Nampak full stadium

mak aih... sendunya kehadiran audience... tp organizer mmg hauk, iols memula nk beli tiket tp x jd sbb dia memula buat dekat padang kuda ko ghaserrr konsert Muse kt pdg kuda ???? lepastu bila iols dh beli coldplay punya tiket bru tahu diorg pindah venue bukit jalil, tp iols xtau knp iols x teringin plak nak beli......
Quote Orix 3-8-2023 12:46 AM
billie elish yg setakat 3 album jah pun lg ramai penonton aritu dr muse aiyooo

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.089372 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top