CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Berbalah, Pusat Kecantikan Popular Didakwa Reject Pelanggan Wanita Bukan Islam Disebabkan Aurat

2-8-2023 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4753| Komen: 28

Seorang individu mendedahkan tentang diskrimasi yang dilaluinya sebuah pusat kecantikan popular.

Di Twitter, wanita itu mendakwa pusat kecantikan berkenaan menolak untuk melayaninya dan berkeras bahawa ia hanya untuk pelanggan Muslim.


Perkara itu meraih perhatian ramai warganet terutamanya kerana ia membabitkan isu agama kerana pusat kecantikan berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak mendiskrimasi pelanggan hanya kerana isu aurat.

Foto: Twitter

Perkongsian tersebut turut membangkitkan isu fatwa yang dikeluarkan tentang aurat di antara wanita Islam dan bukan Islam.

Ia membawa kepada persoalan mengapa mereka tidak menyediakan bilik yang berbeza untuk membuat apa apa rawatan (jika mahu menjaga aurat pelanggan Islam).


Dalam masa yang sama, segelintir individu berpendapat orang ramai perlu menghormati bisnes dan cara syarikat pusat kecantikan seperti itu menjalankan perniagaan mereka.

Malah, ada yang berkata sesetengah muslimah benar-benar mahu menjaga aurat mereka dan mementingkan tempat yang selamat untuk melakukan rawatan rambut.

Dalam pada itu, ramai yang turut memberikan reviu mereka tentang spa tersebut yang mempunyai pelbagai isu yang membuatkan pelanggan tidak mahu kembali. -CARI

Sumber: Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 2-8-2023 01:04 PM
iols memula baca igtkan minah ni complain psal sewa utk muslimah je, puas iols zoom banner kecik atas medispa tu, rupanyaaa biar betikkkk kedai facial utk muslim sajokkk
Quote annehuda 2-8-2023 01:09 PM
die camnilah, kalau non-muslim vegetarian ni, bukan setakat makanan takdak daging, tapi segala-mala peralatan yang diorg guna utk masak makanan vegetarian tu pun takleh kene daging tau.  diorg takde konsep samak so diorg kene buang kalau dah terguna masak daging. kalau camni bleh ka nak kata diskriminasi antara agama kot la ada yg pi restoran tu mintak makan daging? mcm konsep ni la, spa muslimah.  pi jelah spa tempat lain, kenapa nak melalak isu diskriminasi? lainlah kalau suma spa kat malaysia ni kerajaan gazetkan wajib jadi spa muslimah.  geng-geng woke ni bg aku kambuskan jelah nak woke tak kena tempat
Quote Kitty_catz 2-8-2023 01:14 PM
demi kontent ke apoo? nak pomote kat non muslim kutttt
Quote BumpIQ 2-8-2023 01:16 PM
boleh la mek yah pergi sebab mek yah berkelubung
kena tutup muka tu paling penting sebab takut bau kari
Quote doubleharmonic 2-8-2023 01:20 PM
sebab ko makan babi?
Quote antikorok 2-8-2023 01:24 PM
Memang aurat Muslimah dengan wanita bukan Muslim tu mcm aurat lelaki dan perempuan kan? Tak boleh salahkan bukan Muslim sebab ramai antara mereka pun tak tahu. Cuma benda ni kena explain secara berhemah dan bukan Muslim kena faham tak sewenang-wenangnya Muslimah boleh dedahkan aurat.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1866-irsyad-al-fatwa-ke-141-aurat-antara-muslimah-dan-wanita-bukan-muslim

Walaupun ada jahhhh Muslimah yg memileh huntok tak tutop aurat ikot ko laaaaa dah beso pandai la pikir2 sendirik
Quote Decaffeinated 2-8-2023 01:28 PM
annehuda replied at 2-8-2023 01:09 PM
die camnilah, kalau non-muslim vegetarian ni, bukan setakat makanan takdak daging, tapi segala-mala  ...

Ada ka dia minta nak makan babi dalam tu? dia kena reject sebab alasan untuk 'jaga' other customers. Kalau other customers tu ada special needs, tugas kedai tu sediakan ruang yang lebih private. Caj lah lebih.

Nak berniaga kena buat cara nak berniaga. Tak boleh reject customer atas alasan bodoh begini.

Quote kelip2_07 2-8-2023 01:28 PM
suka ati dia la kdai dia..tntu2 la ade beza utk muslimah jer dgn spa biasa yg blh cmpr2
Quote chinta89 2-8-2023 01:28 PM
ye, aurat antara prmpuan sekalipun kalau blainan agama masih dikira aurat. mcm ni la, berlambak lagi salun rambut lain so pegi je lah kat lain x pyh nk jadikan isu sgt benda ni.
Quote Decaffeinated 2-8-2023 01:44 PM
chinta89 replied at 2-8-2023 01:28 PM
ye, aurat antara prmpuan sekalipun kalau blainan agama masih dikira aurat. mcm ni la, berlambak lagi ...

Sebab rambut ereb tu cantik perang, rambut kapir hamba abdi hitam tu kejung kerinting ka?


#tanya.jer



Quote naisyahmh 2-8-2023 01:54 PM
Bagus..  Untuk jaga aurat pelanggan lain
Quote prettyuglybabe 2-8-2023 02:07 PM
punya la banyak spa salon bukan muslim, gi je la sana..
nak sibukkan spa muslimah tu kenapa..
apa yang dorang offer ada jugak kat salon spa lain..
takde yang special pun..
mahal lagi ada..
Quote chinta89 2-8-2023 02:09 PM
Decaffeinated replied at 2-8-2023 01:44 PM
Sebab rambut ereb tu cantik perang, rambut kapir hamba abdi hitam tu kejung kerinting ka?

udah kenapa psl rambut arab rambut hamba abdi segala ni?? aku x menghina sesiapa. aku cuma ckp mmg aurat sesama jantina kalau muslim n non muslim tetap x boleh, bukan sebab yg tu mat saleh, yg tu minah arab, yg ni x boleh sb india, yg ni nigeria, aku x maksudkan mcm tu pun.
Quote ninja boy 2-8-2023 02:14 PM
Aurat ke hulu hilir kunun, tutup tirai x boleh ka atau mata pelanggan pakai sarung mata
Quote chinta89 2-8-2023 02:15 PM
Decaffeinated replied at 2-8-2023 01:44 PM
Sebab rambut ereb tu cantik perang, rambut kapir hamba abdi hitam tu kejung kerinting ka?

udah kenapa psl rambut arab rambut hamba abdi segala ni?? aku x menghina sesiapa. aku cuma ckp mmg aurat sesama jantina kalau muslim n non muslim tetap x boleh, bukan sebab yg tu mat saleh, yg tu minah arab, yg ni x boleh sb india, yg ni nigeria, aku x maksudkan mcm tu pun.
Quote miss_perfect 2-8-2023 02:19 PM
Aku lebih kurang tertarik pasal reviu katanya ramai pelanggan yang tak nak datang balik tu.
Quote kemaruk 2-8-2023 02:26 PM
betul ke minachi ini didiskriminasikan kerana aurat?

aritu bawak wife ke hannan ni, elok je staf2 situ tak pakai tudung

bukan apa.. orang tua2 banyak dah nasihat pasal dorang ni
Quote plywood 2-8-2023 02:35 PM
tak ada pun tulis only for muslims dalam gambar... sepatutnya dia bagi tau besar-besar bahawa bisnes ini hanya untuk muslim only sebab keperluan tertentu.. rasanya itu buat orang lain tak kisah kerana mungkin melibatkan ibadat

bila orang tak tahu, tu yang timbul konflik. .. sebab orang ingat bisnes ni sama erti sahaja dimana-mana, asal bisnes untuk semua orang, jadi penting untuk bagi tau syarat-syarat jualan tu kepada orang ramai. jangan dah masuk kena halau sebab ianya mungkin menimbulkan tak puas hati.. maklumlah ianya suatu bentuk rejection.. dan zaman sekarang sangat mudah meluah di medsos
Quote Tinot7 2-8-2023 02:48 PM
Dlm byk2 tmpt nak wat facial, takkan dia takleh pi tmpt lain?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.207706 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top