CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Cerai Rujuk Balik! Isteri Dalam Pantang, Suami Kantoi Curang- Rupa-Rupanya Penyondol Selalu Datang Rumah

2-8-2023 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3437| Komen: 15

Seorang wanita terkilan diceraikan si suami kerana lelaki itu berlaku curang ketika dirinya dalam tempoh berpantang.

Wanita tersebut memaklumkan bahawa dia telah diceraikan ketika dirinya hamil tiga bulan selepas si suami kantoi berlaku curang.


"Bila saya nak periksa telefon dia, dia tak bagi dan kami bergaduh besar sampai dia lagi sanggup ceraikan saya dari tunjuk bukti yang dia tak curang. Lepas tu, selama tempoh iddah saya cuba perbaiki diri saya untuk bersama balik dengan bekas suami. Hari-hari merayu untuk bagi peluang demi anak-anak, saya mengaku salah saya terlalu overthinking.

Gambar Hiasan

"Sampai sehari sebelum beranak, dia lafaz nak rujuk dan kami dah bersetuju nak bersama balik tapi waktu saya tengah berpantang kantoi rupanya selama ni dia curang dengan saya. Perempuan tu chat dan tunjuk semua bukti, siap pernah masuk rumah saya banyak kali berdua dalam rumah.


Si suami meminta maaf selain berjanji untuk berubah. Wanita ini yang sayang akan keluarganya nekad untuk memberi peluang kedua kepada si suami.

"Bila dah bagi peluang, dia macam terlalu selesa tak ada usaha nak menangkan hati saya langsung lepas kantoi dia curang. Sampai saya yang kena cakap perubahan yang saya nak dia buat sampaikan saya jadi marah dan selalu maki-maki dia sebab dengan skandal dia layan lebih dari dia layan saya.

"Tapi bila saya, saya pula kena minta untuk dia layan saya macam mana dia layan skandal dia. Sampaikan saya mental saya cakap ceraikan saya kalau dia tak nak berubah sendiri untuk saya. Raya ketiga dia ceraikan saya, sekali lagi. Alasan dia saya yang paksa dia ceraikan saya."

Susulan apa yang berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini, wanita ini akui sukar untuk dirinya bangkit semula dan meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-8-2023 11:31 AM
Patutnya kalau first rime kena ceraikan, blah jahh, teruskan kehidupan.. awat nak tambat hati yg dah tak sudi tu?
Quote BumpIQ 2-8-2023 11:46 AM
boyfriend mek yah pun pernah kena sondol dengan mak sedara
Quote midori888 2-8-2023 11:48 AM
Tinot7 replied at 2-8-2023 11:31 AM
Patutnya kalau first rime kena ceraikan, blah jahh, teruskan kehidupan.. awat nak tambat hati yg dah ...

kannn..patut bila dah kena cerai tu move on terus, jgn rujuk balik especially kalu lelaki tu yg salah, lelaki tu yg curang kan...
Quote tokchik 2-8-2023 12:11 PM
si isteri ni bekerja atau tidak>?3
kalau ada kerjaya, tak perlu bimbang untuk diceraikan.

dpd kau stress berterusan baik menjanda
mental aman, hati tak koyak

Quote Tinot7 2-8-2023 12:33 PM
midori888 replied at 2-8-2023 11:48 AM
kannn..patut bila dah kena cerai tu move on terus, jgn rujuk balik especially kalu lelaki tu yg sa ...

Tu la pasal..
Blah jahh..

Ka sbb dia ni stay at home wife, takde duit?
Sbb tu jaman now kena pastikan ada duit sendiri.. tak sumer laki bleh dipercayai..
Quote menjad 2-8-2023 12:36 PM
ko lak leh terima pulak nak rujuk. apo asal berlaki ker nih
Quote midori888 2-8-2023 12:57 PM
Tinot7 replied at 2-8-2023 12:33 PM
Tu la pasal..
Blah jahh..

tak mentioned plak dia SAHM ke tak...nafkah anak2 tanggungjawab suami. Meols ada kenal org yg bercerai lps tu kasi hak penjagaan anak2 kat bekas suami...dia bebas ke sana ke mari, tak perlu risau nak uruskan anak2...every week dtg visit anak2 bawa jalan2...dia citer kdg2 ex hub dia ngadu pasal anak2, about leceh menguruskan anak2, kewangan etc dan ex hub pun dah kawen baru, ada anak2 lain lagi...dia ckp dia dgr kan jerlah, not her problem...
ppuan kalu nak buat camnie, hati kena keras...nie bila cerai anak2 semua amik bela walau sendiri tak mampu. Nafkah anak2 bukan tanggungjwb mak. Kasi kat bapa dia bela, biar dia tau langit tu tinggi ke rendah...

Quote CiliPadiSedap 2-8-2023 01:19 PM
sebab tu sex education penting, financial education penting.

pernikahan tak selamanya cerah. ada masa mendung ada masa taufan. kaka geram bila dh kahwin paksa isteri jd suri rumah, tiada jaminan isteri jadi suri rumah tak diceraikan walau layanan tiptop masak tiptop

thats why perempuan kena berkerjaya ada kewangan sendiri. tengok friska walau dia sondol suami orang dia cerdik sondol payslip dan pencen juga. lebih baik isteri sondol payslip suami dari biarkan skandal sondol payslip suami.

jauhi wanita ratu sondol or lelaki jenis curang pasang spare part banyak
Quote chinta89 2-8-2023 01:35 PM
CiliPadiSedap replied at 2-8-2023 01:19 PM
sebab tu sex education penting, financial education penting.

pernikahan tak selamanya cerah. ada ma ...

nyampah aku friska tu kalau start komen kat porem
Quote ninja boy 2-8-2023 01:47 PM
Itulah wanita bersaing sesama sendiri berebut jantan miang hujung2 kena tinggal anak bersepah terabai merempat, takut jadi andartu kunun padahal malaysia 5 juta andartu antertu aman2 aja, janda 4 juta,
Quote Tinot7 2-8-2023 01:56 PM
midori888 replied at 2-8-2023 12:57 PM
tak mentioned plak dia SAHM ke tak...nafkah anak2 tanggungjawab suami. Meols ada kenal org yg berce ...

Maksud iols penting utk pompan ada pendapatan sbb dlm apa2 kes, lelaki blah bila2 jah, deme ok sbb masyarakat slalunya kutuk hat minah tu.. plus, kalau takde pendapatan, camne nak survive lepaih kawen.. bg iols, anak ni bknnya komoditi atopon investment. Kalau kawan hang nak bg kat ex-husband utk jaga, itu prerogatif dia.

Anak2 yg diambil sbg keluarga sekalipun akan jatuh nafkahnya ke ataih lelaki yg menerima itu. Iols imejin mamat yg kawen janda beranak2 ni la yg kena tanggung, mcm dlm kes setat kamben. Utk ex-husband, kalau anak dijaga oleh ibu, nafkah sehingga umo 18 jahh. Tapi voley diubah, bergantung kpd permohonan. Tapi kalau hat laki tak berkeupayaan, bleh plak tuntut ex-bini bayaq nafkah yachh..

Kadang2 org berebut anak sbb nak sakitkan hati ex-spouse. Kadang2 org berebut anak sbb sayang.. jarang pulak dgq kes tolak anak.
Quote Tinot7 2-8-2023 02:05 PM
CiliPadiSedap replied at 2-8-2023 01:19 PM
sebab tu sex education penting, financial education penting.

pernikahan tak selamanya cerah. ada ma ...

Org kata lelaki dpt 7-year itch deme dan midlaif krisis masa umo 40 ke ataih.. iols rasa deme berubah lepaih gaji naik, rasa mcm hero jahh.. bila rasa mcm hero, mula la nak tekel pelbagai wanita, nak tau kuasa tekel tu tahap mana.. dan juga bergantung kpd kengkawan laki tu, kalau jenis menggalakkan menda2 mcm ni.

Kawan iols dolu2 habaq ayah dia pernah habaq kat mak dia, yg kawan dia habaq nak pasang bini #2 senang jahh, bg rm5k sebln.. mak dia soh si ayah jgn kawan dgn org tu lagi.. hahahahahah..

Hat minah yg jadi langau kat laki kaya yg sudah berkahwin tu, nak menumpang duit jahh.. nipu la kalau semata2 nak menumpang kasih jahh.. tgk je la baper ramai baby gula sumer tuh..
Quote rosedemon 3-8-2023 09:20 AM
sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042693 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top