CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bantuan Air Percuma Antara Manifesto PN Selangor Diumum Jumaat Ini

2-8-2023 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1818| Komen: 14


Jumaat ini, Perikatan Nasional (PN) Selangor bakal melancarkan manifesto yang akan ditawarkan kepada pengundi negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos akan datang.


Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengumuman itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa gabungan itu tidak mempunyai idea untuk membentangkan tawaran kepada para pengundi.



FB


Jelas Muhyiddin, manifesto yang akan diumumkannya itu disifatkan sebagai 'game changer' kepada Negeri Selangor.


"Saya baru tadi (Selasa) duduk dengan beberapa kawan-kawan saya dalam jawatankuasa nak meneliti persiapan manifesto.


"Saya rasa yang akan saya umumkan ini sesuatu yang bukan sahaja menarik tetapi satu 'game changer' yang boleh meningkatkan Negeri Selangor dan juga kedudukan rakyat Selangor kepada satu tahap yang lebih tinggi," katanya ketika berucap pada Ceramah Umum DUN Hulu Bernam, di sini, pada Selasa malam.


Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, manifesto tersebut antaranya dijangka meliputi pemberian bantuan langsung kepada golongan kurang berkemampuan termasuk miskin dan miskin tegar.


"(Manifesto) ini dapat memberikan bantuan-bantuan langsung dan tidak langsung, menyediakan bantuan prihatin, kemudahan untuk anak-anak muda, wanita, orang tua, dewasa dan pelbagai lagi.


"... yang saya teliti tadi agak cukup elok, dan kita akan umumkan pada Jumaat malam akan datang. Ia jelas apa yang termaktub dalam itu termasuk antara lain soal pemberian air secara percuma bagi sesetengah kategori penduduk di Negeri Selangor," jelas Muhyiddin lagi.


Pada PRN 12 Ogos ini, PN bertanding di semua 56 kerusi DUN Selangor.

 

 

Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 08:46 AM
aiskrim, aiskrim, aiskrim, kling, kling, kling, jizz, klong, klong, klong  



Azmin Ali Tokoh Semburit Negara tersenyum sinis dengan Haziq:



Quote namr 2-8-2023 09:38 AM
air mineral botol kecik ke botol besar????
Quote cikatilia 2-8-2023 10:47 AM
so negeri2 sedia under PN air percuma tak??
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 10:53 AM
cikatilia replied at 2-8-2023 10:47 AM
so negeri2 sedia under PN air percuma tak??

TEHTARIKKELANTAN_copy_1024x1403.jpg
Quote cikatilia 2-8-2023 10:56 AM

wow.. impressive khuen.. ada sesetengah kawasan mungkin dpt creamy latte extra foam.. machiato.. or neslo. ahahahahaha
so selangor bakal la ni.. teh benggg
Quote AbukRokok 2-8-2023 10:56 AM
Air kat kedah kelate ganu perillys percuma ka
Bagila cukai purcuma
Quote asudau 2-8-2023 11:56 AM
dulu zaman azmin, ya dapat air percuma kalau bil bawah RM12, tapi sejak amirudin ambil alih, kena bayar dah...gitu..

Quote prizadane 2-8-2023 11:57 AM
Alah berapa sen sangat lah bil air tu. Rumah iols dalam rm10 je pun. Kalau bil elektrik subsidised, aku mungkin teruja la
Quote zehra2 2-8-2023 12:21 PM
bil air rumah ni bwh $10 je pun.
aku tk faham kenapa nk fokus kat selangor je.. bg ler air free kat negeri lain jugek.
rimas laa ramai yg merantau cari makan kat selangor ni.. balik ngundi kat negeri dia jugek. tp subsidi tagih kat sini.
Quote snowflakes 2-8-2023 12:26 PM
Patut buat untuk negeri kedah, kelantan dan terengganu... setia bersama pas (pn)...
Quote Suchi 2-8-2023 12:30 PM
Baik ko bg letrik percuma, air tak sampai rm10 pun laa drpd dulu bil air mmg murah je.
Btw sapa calon PN tuk jd munteri besor? Nyampah tul Dun Sungai Ramal cuma 2 je calon dah tu takde calon Bebas plak.
Muka2 sama lak tu, UMNO mana tak hantar wakil dah ker?

Gasak laaa korang kalau susah sgt nk pangkah nnt tulis je besor2 PEGI MAMPUS
Quote bbi25 2-8-2023 12:36 PM
Kelantan kena vote ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043090 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top