CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Harun Salim Bachik Tak Guna Nama Arwah Bapa Sebagai Jalan Pintas Menang Kerusi DUN

2-8-2023 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5451| Komen: 40

Nama Danial Al-Rashid Haron mungkin tidak dikenali ramai tetapi jika disebut Harun Salim Bachik pasti ramai yang mengenali Allahyarham pelakon veteran itu yang popular melalui drama di televisyen tempatan.


Mungkin ramai tidak mengenali namanya, namun berbeza dengan bapanya, anak kepada Allahyarham pelakon veteran Harun Salim Bachik ini lebih cenderung ke arah politik.



IG



Danial Al-Rashid, 37, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor menjelaskan populariti arwah bapanya itu bukan sandaran atau jalan pintas untuknya dikenali, juga bukan jalan mudah untuk memenangi kerusi DUN itu.


Pada hari pengundian PRN 12 Ogos ini, Danial Al-Rashid berdepan saingan tiga penjuru menentang Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan wakil parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen.


Anak tempatan yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari 2018 hingga 2020 itu juga sebenarnya tidak asing bagi penduduk kawasan berkenaan atas khidmat bakti yang dicurahkan di kawasan tempat kelahirannya itu.


Selain pernah menjadi Ahli Majlis MBSA, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Selangor itu juga terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga.


“Sebelum dipilih sebagai calon, saya bertugas di bawah jawatankuasa ini sebagai Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Jabatan Warisan Anak Selangor dari 2020 yang menguruskan program bantuan dan pembangunan anak-anak istimewa serta Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor.


“Selepas tiga tahun terbabit dalam tugasan berkaitan kemasyarakatan ini, saya membuat keputusan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Khas bagi lebih mendalami bagaimana mengurus dan membantu golongan istimewa ini di Selangor," katanya kepada Bernama di sini.  




Mewakili Parti Amanah Negara (Amanah), satu daripada tiga parti utama dalam gabungan PH, Danial Al-Rashid meletakkan kualiti, pengalaman serta perancangan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk termasuk membantu mengupayakan anak-anak istimewa dan golongan OKU, khususnya di kawasan Batu Tiga sebagai sandaran meraih sokongan.


Beliau juga tidak melihat dirinya sebagai calon 'under dog' biarpun terpaksa berhadapan dengan Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Mengenai penglibatan dalam politik, Danial Al-Rashid berkata beliau bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada arwah bapanya biarpun beliau tidak mengikut jejak untuk terbabit dalam bidang seni seperti adik-beradik lain.



Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lavender_Violet 2-8-2023 09:16 AM
Mungkin ko boleh menang sebab lawan ko si Rina yg orang menyampah tu & budak dari Parti Muda yg dah khianat PH
Lagi pun Selangor ni sejak 10 tahun lepas mmg PKR punya
Tapi agak terkesima jugak heols wakil PAN, agak Islamik jugak lah dianya

Apa jadi kes adik perempuan dia yg viral kat Tik Tok kata diorang anak beranak dinafikan royalti ke hapa tah lepas arwah Harun Salim Bachik ni meninggal
Quote ketambangkang 2-8-2023 09:22 AM
hensem jgk ank dia
Quote Suchi 2-8-2023 09:31 AM
Edited by Suchi at 2-8-2023 09:35 AM

Oh anak arwah harun
Just nk ckp ANIS tu bagus harap kalau PN memerintah kelak masih ada la
Selama ni keperluan anak2 autisme yg perlukan terapi tak dipandang berat  malah takleh claim tax pun kos terapi tu.
Anis ni boleh buat diagnosis secara percuma, jd tak perlu tunggu lama turn kat hospital kerajaan tu kalau tak mampu nk buat kat swasta.
Byk lg bantuan yg dorang bagi termasuk duit bantuan one off rm5k utk rawatan dan terapi anak2 istimwa  bg B40 dan M40.
Setiap tahun ada bukak pendaftaran baru.
Quote prettyuglybabe 2-8-2023 09:49 AM
harap bukan rina yang menang..
Quote marchikobonzo 2-8-2023 10:32 AM
Semoga menang kat batu 3..kalahkan doremon tu
Quote Nizleen86 2-8-2023 10:41 AM
Ni antara calon yg okay kot. Apo si rina harun tu. Sayangnya yb rodziah terpaksa lepaskan kawasan dia. Bagus yb jaga batu 3 selama ni. Semoga yg take over nnt tak hazab lah ye.
Quote makadek 2-8-2023 10:43 AM
Semoga menang besar.. Kacak jua
Quote supernaturalee 2-8-2023 11:00 AM
arwah atuk dia hensem ooo

Quote cik.panda 2-8-2023 11:29 AM
Memang dia serious ye pasal special education. Harapnya menang.
Quote koko12 2-8-2023 11:56 AM
semoga terus berbakti untuk rakyat
Quote Carcosa 8-8-2023 08:56 AM
Anyone or anything yg against Betina gila glamour jembut kohok koheng tu, meols sokong.
Hatta ianya seekor kucing sekalipun.
Drpd si dangkal gila glamour, sebok buat badan, buat muka, buat baju, kerja apa haram tak buat. Biasalah kalau gene badan Benon ni, mmg otak lembam. Ubah la cemana slim pun, tapi deep in your cholesterol laden heart, you are still a poor little fat hippo.
Quote nashnadnash 8-8-2023 09:04 AM
kawasan meeollss dia niii. semak gambar rina doraemon merata, nak keluar simpang pun sakit mata tengok banner. tu saje google calon2 kawasan, sekali tengok ada interview 1 year ago orang tanya pasal ayah dia. baru tahuu anak arwah.
Quote Lampuled 8-8-2023 09:06 AM
Dua2 bapak nama harun yer. Harap anak harun salim bachik yg menang.
Quote umbut 8-8-2023 09:10 AM
Iras muka atok nya
Quote ezacbee 8-8-2023 09:19 AM
supernaturalee replied at 2-8-2023 11:00 AM
arwah atuk dia hensem ooo

Atok bersuara macho.. filem jefri zain.

Quote izamasha 8-8-2023 02:01 PM
ezacbee replied at 8-8-2023 09:19 AM
Atok bersuara macho.. filem jefri zain.

atok dia sape ..nk tau juga
Quote edayildiz 8-8-2023 02:03 PM
hnsm jgk..x de iras ayah dia sgt kn muka..
nape nk guna nama ayah..bknnya ayah dia ahli politik pun
Quote caprisonne 8-8-2023 03:06 PM
Junior sekolah aku ni dulu. Dulu biasa2 je. Bagus la dah ada masters pun.
Quote Burong_Hantuk 8-8-2023 04:00 PM

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066759 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top