View: 5302|Reply: 39
|
Anak Harun Salim Bachik Tak Guna Nama Arwah Bapa Sebagai Jalan Pintas Menang Kerusi DUN
[Copy link]
|
|
Nama Danial Al-Rashid Haron mungkin tidak dikenali ramai tetapi jika disebut Harun Salim Bachik pasti ramai yang mengenali Allahyarham pelakon veteran itu yang popular melalui drama di televisyen tempatan.
Mungkin ramai tidak mengenali namanya, namun berbeza dengan bapanya, anak kepada Allahyarham pelakon veteran Harun Salim Bachik ini lebih cenderung ke arah politik.
IG
Danial Al-Rashid, 37, yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor menjelaskan populariti arwah bapanya itu bukan sandaran atau jalan pintas untuknya dikenali, juga bukan jalan mudah untuk memenangi kerusi DUN itu.
Pada hari pengundian PRN 12 Ogos ini, Danial Al-Rashid berdepan saingan tiga penjuru menentang Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan wakil parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen.
Anak tempatan yang pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dari 2018 hingga 2020 itu juga sebenarnya tidak asing bagi penduduk kawasan berkenaan atas khidmat bakti yang dicurahkan di kawasan tempat kelahirannya itu.
Selain pernah menjadi Ahli Majlis MBSA, Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Selangor itu juga terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga.
“Sebelum dipilih sebagai calon, saya bertugas di bawah jawatankuasa ini sebagai Ketua Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Ketua Jabatan Warisan Anak Selangor dari 2020 yang menguruskan program bantuan dan pembangunan anak-anak istimewa serta Orang Kurang Upaya (OKU) Selangor.
“Selepas tiga tahun terbabit dalam tugasan berkaitan kemasyarakatan ini, saya membuat keputusan melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Khas bagi lebih mendalami bagaimana mengurus dan membantu golongan istimewa ini di Selangor," katanya kepada Bernama di sini.
Mewakili Parti Amanah Negara (Amanah), satu daripada tiga parti utama dalam gabungan PH, Danial Al-Rashid meletakkan kualiti, pengalaman serta perancangan meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk termasuk membantu mengupayakan anak-anak istimewa dan golongan OKU, khususnya di kawasan Batu Tiga sebagai sandaran meraih sokongan.
Beliau juga tidak melihat dirinya sebagai calon 'under dog' biarpun terpaksa berhadapan dengan Rina yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mengenai penglibatan dalam politik, Danial Al-Rashid berkata beliau bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada arwah bapanya biarpun beliau tidak mengikut jejak untuk terbabit dalam bidang seni seperti adik-beradik lain.
Sumber: BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ko boleh menang sebab lawan ko si Rina yg orang menyampah tu & budak dari Parti Muda yg dah khianat PH
Lagi pun Selangor ni sejak 10 tahun lepas mmg PKR punya
Tapi agak terkesima jugak heols wakil PAN, agak Islamik jugak lah dianya
Apa jadi kes adik perempuan dia yg viral kat Tik Tok kata diorang anak beranak dinafikan royalti ke hapa tah lepas arwah Harun Salim Bachik ni meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 2-8-2023 09:35 AM
Oh anak arwah harun
Just nk ckp ANIS tu bagus harap kalau PN memerintah kelak masih ada la
Selama ni keperluan anak2 autisme yg perlukan terapi tak dipandang berat malah takleh claim tax pun kos terapi tu.
Anis ni boleh buat diagnosis secara percuma, jd tak perlu tunggu lama turn kat hospital kerajaan tu kalau tak mampu nk buat kat swasta.
Byk lg bantuan yg dorang bagi termasuk duit bantuan one off rm5k utk rawatan dan terapi anak2 istimwa bg B40 dan M40.
Setiap tahun ada bukak pendaftaran baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
harap bukan rina yang menang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menang kat batu 3..kalahkan doremon tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ni antara calon yg okay kot. Apo si rina harun tu. Sayangnya yb rodziah terpaksa lepaskan kawasan dia. Bagus yb jaga batu 3 selama ni. Semoga yg take over nnt tak hazab lah ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menang besar.. Kacak jua |
|
|
|
|
|
|
|
arwah atuk dia hensem ooo
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang dia serious ye pasal special education. Harapnya menang. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga terus berbakti untuk rakyat
|
|
|
|
|
|
|
|
Anyone or anything yg against Betina gila glamour jembut kohok koheng tu, meols sokong.
Hatta ianya seekor kucing sekalipun.
Drpd si dangkal gila glamour, sebok buat badan, buat muka, buat baju, kerja apa haram tak buat. Biasalah kalau gene badan Benon ni, mmg otak lembam. Ubah la cemana slim pun, tapi deep in your cholesterol laden heart, you are still a poor little fat hippo. |
|
|
|
|
|
|
|
kawasan meeollss dia niii. semak gambar rina doraemon merata, nak keluar simpang pun sakit mata tengok banner. tu saje google calon2 kawasan, sekali tengok ada interview 1 year ago orang tanya pasal ayah dia. baru tahuu anak arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua2 bapak nama harun yer. Harap anak harun salim bachik yg menang. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 2-8-2023 11:00 AM
arwah atuk dia hensem ooo
Atok bersuara macho.. filem jefri zain.
|
|
|
|
|
|
|
|
atok dia sape ..nk tau juga
|
|
|
|
|
|
|
|
hnsm jgk..x de iras ayah dia sgt kn muka..
nape nk guna nama ayah..bknnya ayah dia ahli politik pun |
|
|
|
|
|
|
|
Junior sekolah aku ni dulu. Dulu biasa2 je. Bagus la dah ada masters pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|