Dek kesempitan wang, sepasang suami isteri datang dari Sorong ke Sentani pada Jun lalu membuka perniagaan perkhidmatan telefon bimbit. Bagaimanapun, sebaik tiba si suami berusia 26 tahun tergamak menjual isterinya untuk dijadikan pemuas nafsu lelaki hidung belang.
Mangsa berusia 25 tahun kemudian bersetuju selepas dipujuk suaminya untuk melacurkan diri berikutan masalah kewangan dihadapi mereka. Perkara itu didedahkan Ketua Polis Jayapura, Fredrickus WA Maclarimboen dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jayapura, Sugarda AB Trenggono dalam sidang media, pada Selasa. Menurut Fredrickus, pendedahan kes ini bermula selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan pelacuran di sebuah hotel di Sentani, Jayapura. Kemudian didapati pekerja seks di hotel itu adalah isteri kepada seorang 'bapa ayam'. Berdasarkan laporan diterima, Fredrickus berkata, polis menahan pasangan suami isteri itu pada 8 Julai lalu di sebuah hotel di Sentani.
“Kita berjaya mendapatkan bukti berupa satu unit telefon bimbit dan kondom,” katanya. Menurutnya, suspek ditahan dan berdepan dengan pertuduhan mengikut akta berkaitan keganasan seksual dan pemerdagangan orang yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun jika sabit kesalahan. Sebagai peringatan, perbuatan tersebut salah dari segi undang-undang dan dilaran dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT