Terkejut melihat perkongsian di sebuah grup Facebook apabila seorang individu mendedahkan beberapa kereta mempunyai kesan calar-balar teruk. Katanya, ketika kejadian dia berada di sebuah persimpangan lampu isyarat dan ternampak kereta di sebelah ada kesan calar di badannya dekat tayar belakang.
Dia kemudian bertanya apa yang menyebabkan kesan calar yang pelik dari biasa itu berlaku. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkata kesan calar sebegitu boleh berlaku kerana gigitan seekor atau sekumpulan anjing liar. "Ini sebab adegan anjing mengejar kucing, tupai atau tikus. Bila mereka ni lari masuk bawah kereta untuk bersembunyi dari anjing, anjing ni akan gigit kereta sebab nak lepas geram. "Betul, perkara yang sama terjadi dengan saya dan 10 lagi kereta di kawasan perumahan saya ni. Semuanya sebab anjing nakal, habis melayang duit. "Tepat sekali, kereta di rumah saya jadi mangsa gigitan sekumpulan anjing liar, jadi macam tu sebab mereka nak kejar seekor anak kucing yang bersembunyi di dalam ruang enjin kereta saya. "Ya betul, saya sendiri pernah nampak depan mata saya, ganas betul ya mereka (anjing) ni, komited sampai sanggup gigit kereta sebab nak dapatkan kucing atau tikus," kata sebahagian warga maya. Tidak kurang juga ada netizen yang seperti sukar untuk percaya dengan pendedahan tersebut. "Aku ingat melawak je cakap anjing gigit. Rupanya kisah benar. Bila tengok gambar baru aku percaya. "Kuatnya gigi anjing tu gigit besi, tak patah ke? Seramnya kalau mereka tiba-tiba kejar nak gigit manusia. "Kerosakan ni boleh ke kita nak claim dekat persatuan pencinta haiwan? Tak hairan la kenapa ada yang sanggup racun anjing-anjing liar ni. "Wajar untuk anjing-anjing liar dihapuskan, kalau kena macam ni dekat kereta aku memang hilang terus rasa kemanusiaan aku," kata sebahagian warga maya. Sumber: mStar
|
shernazz replied at 2-8-2023 07:16 AM
Iols ada tengok kat FB
Owner yang Tanya ni ada anjing juga
Dia cakap anjing dia tak buat Gini..
Simunggu replied at 2-8-2023 10:01 AM
normally bila ini berlaku mesti anjing tercium bau darah anjing atau kereta ini pernah langgar anjin ...
shernazz replied at 2-8-2023 07:16 AM
Iols ada tengok kat FB
Owner yang Tanya ni ada anjing juga
Dia cakap anjing dia tak buat Gini..
AbukRokok replied at 2-8-2023 11:00 AM
Sbb tu kne tembak mati anjing liar yg berkumpulan
ADVERTISEMENT