CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tesla Beli Kompleks Besar Di Cyberjaya Sebagai Ibu Pejabat, Jemput PM Rasmikan Oktober Nanti

2-8-2023 06:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3619| Komen: 26

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kompleks besar di Cyberjaya telah dibeli Tesla Inc untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh wakil pemilik syarikat Elon Musk kepada beliau minggu lalu.



FB

“Tanya Tesla, Elon Musk banyak negara beri insiatif dan peluang, tetapi pilih Malaysia iaitu Cyberjaya di Selangor.

“Minggu sudah wakil jumpa saya (beritahu) sudah beli kompleks besar dan jemput Perdana Menteri rasmi awal Oktober atau akhir September.

“Saya jawab setuju dengan syarat bawa Elon Musk rasmi bersama dengan saya,” katanya pada ceramah umum sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Beranang dekat sini malam tadi.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau dimaki oleh pembangkang sejak menjadi Perdana Menteri lapan bulan lalu.


“Tetapi dalam kita ada kuasa lapan bulan ini ada dengar saya curi, agih kontrak, sakau wang rakyat kerana dalam negara ini yang paling penting.

“Negara bukan miskin. Kaya, hasilnya banyak, tetapi kalau teruskan budaya amalan sakau ini rakyat tidak boleh dibela.

“Kita cuba sedaya upaya lapan bulan ini. Kita kehilangan Datuk Seri Salahuddin Ayub menteri yang bekerja kuat dan bersungguh memenuhi agenda madani, rahmah,” katanya.

Justeru, kata Anwar, beliau berharap rakyat memahami negara menjadi rosak apabila mempunyai pemimpin yang hanya menjaga keluarga dan sakau sana sini.

“Dia boleh maki saya ‘berbakul-bakul’, tetapi tidak boleh tegur dan kecam saya kerana saya tidak guna kuasa sakau duit negara.

“Boleh tidak kamu sebut kamu tak buat apa-apa. Dulu saya tidak tengok fail. Sekarang saya tengok fail,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-8-2023 07:25 AM
Ok la tu..
Quote noor2 2-8-2023 07:33 AM
Mana berita dia beli tu...knp x de keluar berita..
Quote Azharitubunga 2-8-2023 07:53 AM
Edited by Azharitubunga at 2-8-2023 07:55 AM

Minggu depan saya akan jumpa semua syarikat e hailing

Sampai sudah janji di capati
Bohong yang hamat

Saya ulammm
Quote Highflyer19 2-8-2023 08:06 AM
Quote cm_vungtau 2-8-2023 08:08 AM
Edited by cm_vungtau at 2-8-2023 08:13 AM

Entah ye entah tidak
Quote ayukpingu 2-8-2023 08:24 AM
entah betul, entah tidak..
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 08:26 AM
Dengar boleh, pircaya jangan
Quote ChildrenOfBodom 2-8-2023 08:28 AM
kalau dari mulut peliwatua ni boleh dengar je laa..percaya jangan..bak kata orang charok tokkun, take it with a pinch of salt.
Quote Tinot7 2-8-2023 09:06 AM
Ada org percaya ka?
Quote fpginsura 2-8-2023 09:56 AM
tetapo positif dan kuatkan keyakinan untuk manifestasi hal hal baik datang kepada kita,kalau penuh dengan aura negatif, negatif juga yang tiba
Quote LadyCarefree 2-8-2023 10:55 AM
Elon tu kelentong kuat jugak tu. Ambil duit sana sini tapi tak buat pun.
Quote yenil95 2-8-2023 10:55 AM
ada sapa sapa pergi interview tesla kat Cyberjaya ?
Quote manapBKK 7-8-2024 10:45 PM


Quote Firenzza 9-8-2024 07:54 PM
Tinot7 replied at 2-8-2023 09:06 AM
Ada org percaya ka?

Kan nuart dh ckp bln Okt thn lps Elon musk jemput dia rasmikan Tesla.....x kan chuols x percaya lg?
Quote nubook 9-8-2024 08:08 PM
Nothing to be proud of. Musk to bkn je zionist?
Quote Tinot7 10-8-2024 12:02 AM
Firenzza replied at 9-8-2024 07:54 PM
Kan nuart dh ckp bln Okt thn lps Elon musk jemput dia rasmikan Tesla.....x kan chuols x percaya lg ...

Hahahahahaha

Quote honeybee1802 10-8-2024 12:30 AM
LadyCarefree replied at 2-8-2023 10:55 AM
Elon tu kelentong kuat jugak tu. Ambil duit sana sini tapi tak buat pun.

3 negara kena kelentong sama bung elon...
Tu la... dah ada dlm firasat aku dr awal...dia nak jual kete dia jek...
Quote Orix 10-8-2024 12:34 AM
Elon menganwarkan Anwar lepastu Anwar menganwarkan kita ?
Quote Dwdrum 10-8-2024 07:29 AM
Celah bedah mana elon janji mahu buka gigafactory di malaysia?.... Dari PM sehingga local investors lobbyists kuat menipu... Itu belum lagi cerita jaga borderline di SCS ikut undang donia... Ecetera.. Meanwhile sokong hamas... Kuat bohong and snake sungguh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.040067 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top