CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Main Video Game Ada Unsur Syirik

1-8-2023 08:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5974| Komen: 9

Petaling Jaya: Hukum bermain ‘video game’ adalah diharuskan, namun sekiranya terdapat dalam permainan tersebut perkara yang mensyirikkan Allah, maka ia tidak dibolehkan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hal ini kerana terdapat larangan keras daripada nas al-Quran dan hadis tentang larangan mensyirikkan Allah.


Gambar hiasan

Menurutnya, sehubungan itu, menghindari perkara yang mensyirikkan Allah adalah lebih utama.

“Unsur syirik yang terdapat dalam permainan tidaklah menjadikan pemainnya itu jatuh kafir. Namun sebagai muslim tidak dibenarkan untuk bermain dengan jenis permainan yang berunsur syirik.

“Seharusnya bagi individu muslim hendaklah menolak segala bentuk kesyirikan semampu yang boleh walau dengan hati sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Sai’d al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda.


“(Maksud) barang siapa daripada kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu lagi, maka dengan hatinya kerana ia merupakan selemah-lemah iman. [Riwayat Muslim (49)],” katanya menerusi laman web Maktabah Al-Bakri.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menasihatkan supaya berhati-hati apabila melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan iman agar tidak terjatuh ke lembah kesyirikan.

“Ingatlah bahawa perbuatan syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh Allah. Akhirnya, semoga Allah memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini, dan menjauhkan kita daripada perkara yang boleh menyerongkan akidah dan pegangan kita,” jelasnya.

Penjelasan tersebut berhubung soalan diterima daripada orang awam berkaitan permainan video.

Menerusi soalan itu, individu tersebut bertanyakan hukum bermain permainan video yang mana watak utama yang dimainkan perlu menyembah satu patung. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 2-8-2023 07:43 AM
game ni selalu lalu kt fyp iolls.
watak dlm game tu kena berdoa (seperti cara org siam) ke patung? mayat? utk lengkapkan quest sebelum dapat lari dari hantu pembunuh (rathri, etc).
alaaa biasanya org thai je main game ni pon, kita just tgk jer...
Quote fpginsura 2-8-2023 09:44 AM
benar kah? saya rasa tidak perlu semua hal kita rujuk kepada anggapan melawan agama , hidup ini dinamic force ada zona susah dan senang. gim adalah hiburaan sahaja
Quote doubleharmonic 2-8-2023 10:32 AM
game hantu kerr? macam yang noreen tu main dulu sambil terjerit2 maki hamun bagai?

[youtube]SiGqetdmW0U[/youtube]



Quote brego 2-8-2023 10:41 AM
doubleharmonic replied at 2-8-2023 10:32 AM
game hantu kerr? macam yang noreen tu main dulu sambil terjerit2 maki hamun bagai?

hek elehh
main game pun kecoh,
mulot macam buret ayam

Quote AkokKocik 2-8-2023 10:44 AM
Aku umur 40's main roblok yg floor is lava, sronok berjuang slamatkn diri bersama org lain.

Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 12:50 PM
Main game pun salah, Malaysia semakin Taliban
Quote chinta89 2-8-2023 01:50 PM
game ape spill tea sikit
Quote KamikuP 2-8-2023 02:24 PM
Meolls main Candy Crush jaa.. dah bertahun main tak habis lagi..huhuhu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-10-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058069 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top