Seorang kanak-kanak di Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia cemas selepas kepalanya tersangkut pada tin biskut. Muhammad Gabriel pada awalnya di bawa ke rumah sakit (RS) Islam kota Tasimalaya ekoran kejadian itu namun pihak hospital memintanya untuk merujuk kepada pasukan Pemadam Kebakaran (Damkar) di bandar tersebut.
Usaha untuk mengeluarkan bekas tersebut agak mencabar dan dilakukan dengan berhati-hati kerana dibimbangi mendedahkan kanak-kanak itu kepada kecederaan. Antara alat digunakan bagi mengeluarkan tin tersebut daripada kepala Muhammad ialah mesin pengisar eletrik bersaiz kecil dan senduk. Menerusi video dikongsikan mengenai tindakan menyelamat itu, Muhammad juga dilihat menjerit dan menangis kesakitan dipercayai terkena tin biskut tersebut. "Alhamdulillah proses penyelamatan berhasil dilaksanakan dalam waktu lebih kurang 10 minit," jelas kenyataan rasmi daripada Damkar Tasikmalaya pada Isnin. -CARI Sumber: Majoriti |
cakarputih replied at 1-8-2023 08:37 PM
ah yoh... kenapa pulak budak ini bisa sangkut biskuit? ingin jadi kamenrider kah?
ADVERTISEMENT