CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Kisah Menang Kalah, Dapat Balik RM1.3 Juta Atau Tak! A. Aida Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Datuk S, Pemilik Resort Di Janda Baik

1-8-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9637| Komen: 35

Selepas berbincang dengan peguam, Datuk A Aida  bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dikenali sebagai Datuk S.

Tindakan itu akan diambil kerana individu berstatus 'Datuk' yang juga tokoh perniagaan itu melanggar perjanjian sekali gus menyebabkan Aida kerugian hampir RM1.3 juta.


Foto: IG

"Saya dah berbincang dengan peguam saya dan kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang. Saya tak kisah sama ada menang atau kalah, sama ada dapat semula duit saya atau tidak. Kalau tak dapat, maksudnya, tak ada rezeki saya," katanya kepada Harian Metro.

Aida, 53, berkata, objektif utamanya adalah supaya tidak ada orang lain yang akan menjadi mangsa kepada Datuk S yang juga pemilik resort di Janda Baik itu.



"Objektif utama saya adalah, saya nak beri pengajaran kepada dia dan tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti saya. Saya nak nama dia didedahkan dan tindakan diambil terhadapnya.

"Dah beberapa tahun saya menunggu solusi daripada pihak dia. Tapi, nampaknya dia macam tak endahkan saya. Walaupun saya dah muat naik video luahan saya mengenai perkara ini di media sosial, masih tiada tindakan daripada pihaknya.

"Jumlah keseluruhan yang saya keluarkan mencecah hampir RM1.3 juta. Dia ingat dia boleh lepas? Saya akan berjuang berhabis-habisan. Sampai saya mati pun, saya akan cari jalan. Kalau tak lepas di dunia, dia akhirat dia takkan lepas.


"Saya boleh cari wang ringgit. Tapi, kejujuran dan amanah itu paling utama. Saya adalah orang yang jujur. Sebab itulah saya pantang dengan orang yang tidak jujur seperti dia. Dia mencari pasal dengan orang yang salah," katanya.

Ditanya mengenai kronologi isu perlanggaran perjanjian itu, Aida berkata, ia bermula sejak 2019, sebelum negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pada awalnya (2019), dia nak buat pinjaman untuk membuka perniagaan (kolej). Dia beritahu saya, kalau apa-apa berlaku, dia akan berikan tanah resort itu kepada saya. Maksudnya, kalau perniagaan tak berjalan lancar atau apa, sekurang-kurangnya, saya akan dapat tanah.


"Selepas membuat perjanjian, dia minta RM500,000 daripada saya. Kemudian, beberapa kali lagi sebanyak RM300,000 dan RM200,000. Sampaikan setiap bulan saya salurkan wang dana.

"Jadi, saya mintalah senarai perbelanjaan bulanan. Rupa-rupanya, dalam diam, dia dan rakan kongsi berbelanja untuk hiburan dan sebagainya. Jadi, saya dah berhenti untuk salurkan dana.

"Selepas itu, negara berada di bawah PKP dan kolej itu pun tutup. Kemudian, dia mula mengelak. Saya fikir dia pegang kepada janji. Rupanya, dia penipu," katanya.


Pada April lalu, Aida menghantar wakil untuk berbincang dengan individu itu, namun, janji yang dibuatnya hanya tinggal janji.

"Kali terakhir saya menghantar wakil untuk bertemu dengannya adalah pada 29 April lalu. Waktu itu, dia maklumkan bahawa dia akan bahagikan tanah itu separuh kepada saya. Saya pun tak berkira sangat, jadi saya rasa, separuh pun okay daripada tak dapat apa-apa langsung.

"Tapi, kemudian, dia menghilangkan diri semula," katanya.

Di beberapa platform media sosial miliknya, Aida memuat naik video menuntut haknya daripada individu itu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengikutnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-8-2023 07:53 PM
Sapalah eh datuk S tu
Quote zuriey 1-8-2023 08:07 PM
Kolej apa..bukan bini hajah punya tmpt mengajar kan
Pensyarah kanan kolej shoplot
Takkan la bini jah nak bercolab dgn scammer.
Tapi kan jah pun scammer
Quote cahaya_almas 1-8-2023 08:11 PM
Kayanya dia ya..tk sangka lak..
Quote eyansss 1-8-2023 08:24 PM
ada black n white tak?
Quote dudaberhias 1-8-2023 08:35 PM
takkan alip sokeri kot... dia pun ada resort dekat janda baik...dah la dia pun kena scam...  


Quote Purplehaz 1-8-2023 11:41 PM
Kiranya psl nk bagi tanah tu sbg pampasan sekiranya projek kolej tu x jd hanya janji mulut la ni..hmmm jenuhlah nk mintak byr balik.
Sngnya dia bagi duit mcm tu jer.

Patutnya buat Agt bertulis..if breach of contract/agt..Maka tanah tu milik pemberi pinjam.
Quote red_velvet 2-8-2023 12:15 AM
Banyak betul duit nek aida ni... Camtu je dia bagi 500k, 300k tiap bulan sampai jadi 1.3m ...
Quote Whitney72 2-8-2023 12:21 AM
Aku rasa Nek Aida ni yg bodoh...sbb mudah trpedaya dgn scammer level Dato...patut nya ko buat lar agmnt security dulu ( tanah yg dijanjikan tu)...dan blh mintak je pakar perundangan advise sblm nk beri hutang pun...

Patut Dato tu buat x endah je...security x kuat
Quote MarryPottet 2-8-2023 02:11 AM
zuriey replied at 1-8-2023 08:07 PM
Kolej apa..bukan bini hajah punya tmpt mengajar kan
Pensyarah kanan kolej shoplot
Takkan la bi ...

Apa nama kolej shoplot tu? Lupa plak namanyav

Kolej halimunan nek aida ni pun ada kursus mutawif & dato tu nama Stapa (acik botak specky). Rupa mcm scammer MLM jah?
Screenshot_2023-08-02-02-01-05-479.jpg
Quote Login_ID 2-8-2023 09:00 AM
nek aidah ni mmg dari keturunan have have ke? banyak naww duit beliau
Quote Suchi 2-8-2023 09:09 AM
Login_ID replied at 2-8-2023 09:00 AM
nek aidah ni mmg dari keturunan have have ke? banyak naww duit beliau

Dia kan producer mestila byk duit, dia yg bayo gaji2 retis dan krew tu semua
Pastu jual drama dia kat stesen tv, nnt dapat lagi byk laa drpd modal yg dikeluarkan dia.
Maybe ada buat bisnes2 lain gak tak silap kat janda baik tu pun dia ada resort juga kan? Ke belum ada lagi?
Quote Lavender_Violet 2-8-2023 09:10 AM
MarryPottet replied at 2-8-2023 02:11 AM
Apa nama kolej shoplot tu? Lupa plak namanyav

Kolej halimunan nek aida ni pun ada kursus mutawi ...

Eeeiii...please lah....
Aku benci muka2 jantan mcm ni
Jenis cakap berdegar2, macam dia terpaling pandai berbisnes
Especially bila berckp depan perempuan
Yihhh sangat
Quote arffa 2-8-2023 09:10 AM
tu sebab jangan tamak, dah ada biz yang kita mahir jangan venture dengan biz yang kita tak mahir. nek Aida pun sekolah tak tinggu mana itu lah pentingnya education kaya kalau takde education pun possibility nak kena tipu tinggi.
Quote CiliPadiSedap 2-8-2023 09:37 AM
dudaberhias replied at 1-8-2023 08:35 PM
takkan alip sokeri kot... dia pun ada resort dekat janda baik...dah la dia pun kena scam...  

{:8_6 ...

dia dato as, ni dato s sahaja.
Quote rosedemon 2-8-2023 09:50 AM
yela acik muka sengettt
Quote tompie 2-8-2023 10:26 AM
Mcm betul ahh AG Asia Gold tu..nama company pun ala2 MLM skem..
Apasal la tak buat agreement betul2..
Caveatkan sekali tanah tu..
banyak sangat duit kot..
Mesti Dato S ni janjikan pulangan yang lumayan.. Geng2 ni mmg lembut gigi dari lidah..
Quote marchikobonzo 2-8-2023 10:44 AM
Lah..lenkali nak buat pape jumpa lawyer, buat contract & sebelum bagi duit sign MOT in escrow, so kalau dia default in payment, kau buat je perfection the transfer..selamat dapat tanah dah
Quote asamfish 2-8-2023 11:16 AM
achik aida ni kuingatkan cerdik...rupanya...naive....takkan la nko sebagai org berniaga yang berjaya seperti nkau canang2 takleh detect all these scammers!  tgk pada posters tu pun dah boleh tau scammers.  mcm 'dato seri' yang nak jual rumah rega saploh henggit tu
Quote asamfish 2-8-2023 11:17 AM
and buat perjanjian tu ada black n white kewww...ke janji mulut...or ada perjanjian tapi sain sesama dorang, takde apa2 loya or stamping apa2...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.099692 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top