View: 9384|Reply: 34
|
Tak Kisah Menang Kalah, Dapat Balik RM1.3 Juta Atau Tak! A. Aida Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Datuk S, Pemilik Resort Di Janda Baik
[Copy link]
|
|
Selepas berbincang dengan peguam, Datuk A Aida bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dikenali sebagai Datuk S.
Tindakan itu akan diambil kerana individu berstatus 'Datuk' yang juga tokoh perniagaan itu melanggar perjanjian sekali gus menyebabkan Aida kerugian hampir RM1.3 juta.
Foto: IG
"Saya dah berbincang dengan peguam saya dan kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang. Saya tak kisah sama ada menang atau kalah, sama ada dapat semula duit saya atau tidak. Kalau tak dapat, maksudnya, tak ada rezeki saya," katanya kepada Harian Metro.
Aida, 53, berkata, objektif utamanya adalah supaya tidak ada orang lain yang akan menjadi mangsa kepada Datuk S yang juga pemilik resort di Janda Baik itu.
"Objektif utama saya adalah, saya nak beri pengajaran kepada dia dan tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti saya. Saya nak nama dia didedahkan dan tindakan diambil terhadapnya.
"Dah beberapa tahun saya menunggu solusi daripada pihak dia. Tapi, nampaknya dia macam tak endahkan saya. Walaupun saya dah muat naik video luahan saya mengenai perkara ini di media sosial, masih tiada tindakan daripada pihaknya.
"Jumlah keseluruhan yang saya keluarkan mencecah hampir RM1.3 juta. Dia ingat dia boleh lepas? Saya akan berjuang berhabis-habisan. Sampai saya mati pun, saya akan cari jalan. Kalau tak lepas di dunia, dia akhirat dia takkan lepas.
"Saya boleh cari wang ringgit. Tapi, kejujuran dan amanah itu paling utama. Saya adalah orang yang jujur. Sebab itulah saya pantang dengan orang yang tidak jujur seperti dia. Dia mencari pasal dengan orang yang salah," katanya.
Ditanya mengenai kronologi isu perlanggaran perjanjian itu, Aida berkata, ia bermula sejak 2019, sebelum negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"ada awalnya (2019), dia nak buat pinjaman untuk membuka perniagaan (kolej). Dia beritahu saya, kalau apa-apa berlaku, dia akan berikan tanah resort itu kepada saya. Maksudnya, kalau perniagaan tak berjalan lancar atau apa, sekurang-kurangnya, saya akan dapat tanah.
"Selepas membuat perjanjian, dia minta RM500,000 daripada saya. Kemudian, beberapa kali lagi sebanyak RM300,000 dan RM200,000. Sampaikan setiap bulan saya salurkan wang dana.
"Jadi, saya mintalah senarai perbelanjaan bulanan. Rupa-rupanya, dalam diam, dia dan rakan kongsi berbelanja untuk hiburan dan sebagainya. Jadi, saya dah berhenti untuk salurkan dana.
"Selepas itu, negara berada di bawah PKP dan kolej itu pun tutup. Kemudian, dia mula mengelak. Saya fikir dia pegang kepada janji. Rupanya, dia penipu," katanya.
Pada April lalu, Aida menghantar wakil untuk berbincang dengan individu itu, namun, janji yang dibuatnya hanya tinggal janji.
"Kali terakhir saya menghantar wakil untuk bertemu dengannya adalah pada 29 April lalu. Waktu itu, dia maklumkan bahawa dia akan bahagikan tanah itu separuh kepada saya. Saya pun tak berkira sangat, jadi saya rasa, separuh pun okay daripada tak dapat apa-apa langsung.
"Tapi, kemudian, dia menghilangkan diri semula," katanya.
Di beberapa platform media sosial miliknya, Aida memuat naik video menuntut haknya daripada individu itu dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan pengikutnya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kolej apa..bukan bini hajah punya tmpt mengajar kan
Pensyarah kanan kolej shoplot
Takkan la bini jah nak bercolab dgn scammer.
Tapi kan jah pun scammer |
|
|
|
|
|
|
|
Kayanya dia ya..tk sangka lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
takkan alip sokeri kot... dia pun ada resort dekat janda baik...dah la dia pun kena scam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kiranya psl nk bagi tanah tu sbg pampasan sekiranya projek kolej tu x jd hanya janji mulut la ni..hmmm jenuhlah nk mintak byr balik.
Sngnya dia bagi duit mcm tu jer.
Patutnya buat Agt bertulis..if breach of contract/agt..Maka tanah tu milik pemberi pinjam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak betul duit nek aida ni... Camtu je dia bagi 500k, 300k tiap bulan sampai jadi 1.3m ... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa Nek Aida ni yg bodoh...sbb mudah trpedaya dgn scammer level Dato...patut nya ko buat lar agmnt security dulu ( tanah yg dijanjikan tu)...dan blh mintak je pakar perundangan advise sblm nk beri hutang pun...
Patut Dato tu buat x endah je...security x kuat |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 1-8-2023 08:07 PM
Kolej apa..bukan bini hajah punya tmpt mengajar kan
Pensyarah kanan kolej shoplot
Takkan la bi ...
Apa nama kolej shoplot tu? Lupa plak namanyav
Kolej halimunan nek aida ni pun ada kursus mutawif & dato tu nama Stapa (acik botak specky). Rupa mcm scammer MLM jah?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
nek aidah ni mmg dari keturunan have have ke? banyak naww duit beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Login_ID replied at 2-8-2023 09:00 AM
nek aidah ni mmg dari keturunan have have ke? banyak naww duit beliau
Dia kan producer mestila byk duit, dia yg bayo gaji2 retis dan krew tu semua
Pastu jual drama dia kat stesen tv, nnt dapat lagi byk laa drpd modal yg dikeluarkan dia.
Maybe ada buat bisnes2 lain gak tak silap kat janda baik tu pun dia ada resort juga kan? Ke belum ada lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeiii...please lah....
Aku benci muka2 jantan mcm ni
Jenis cakap berdegar2, macam dia terpaling pandai berbisnes
Especially bila berckp depan perempuan
Yihhh sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
tu sebab jangan tamak, dah ada biz yang kita mahir jangan venture dengan biz yang kita tak mahir. nek Aida pun sekolah tak tinggu mana itu lah pentingnya education kaya kalau takde education pun possibility nak kena tipu tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dato as, ni dato s sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm betul ahh AG Asia Gold tu..nama company pun ala2 MLM skem..
Apasal la tak buat agreement betul2..
Caveatkan sekali tanah tu..
banyak sangat duit kot..
Mesti Dato S ni janjikan pulangan yang lumayan.. Geng2 ni mmg lembut gigi dari lidah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah..lenkali nak buat pape jumpa lawyer, buat contract & sebelum bagi duit sign MOT in escrow, so kalau dia default in payment, kau buat je perfection the transfer..selamat dapat tanah dah |
|
|
|
|
|
|
|
achik aida ni kuingatkan cerdik...rupanya...naive....takkan la nko sebagai org berniaga yang berjaya seperti nkau canang2 takleh detect all these scammers! tgk pada posters tu pun dah boleh tau scammers. mcm 'dato seri' yang nak jual rumah rega saploh henggit tu |
|
|
|
|
|
|
|
and buat perjanjian tu ada black n white kewww...ke janji mulut...or ada perjanjian tapi sain sesama dorang, takde apa2 loya or stamping apa2... |
|
|
|
|
|
|
| |
|