CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Di Tepi Jalan Sunway, Suami Hadiahkan Ferrari RM1.2 Juta Kepada Isteri Sebab Dah Lahirkan Ramai Anak

1-8-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5512| Komen: 22

PETALING JAYA –  Seorang lelaki meraih perhatian ramai selepas dia menghadiahkan sebuah kereta Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya.

Kereta tersebuta adalah sebagai tanda terima kasih kerana wanita itu telah melahirkan ramai cahaya mata.


Menurut sebuah video tular di laman sosial, orang ramai didapati berkumpul di tepi jalan di Sunway semata-mata untuk melihat kereta Ferrari tersebut yang dibawa dengan treler dan dihias dengan belon pelbagai warna.

Foto: Tiktok

Menerusi video sama, treler yang membawa hadiah tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan dengan kejutan mewah lelaki tersebut.

“Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.

“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang netizen.

“Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 1-8-2023 06:29 PM
ponder timbang kilo versi cainis ke pulekk?
Quote tikusmontok 1-8-2023 07:38 PM
Kunun hadiah kat bini, padahal sendiri bawa. Bini dok rumah jaga anak2
Quote hareeeesah 1-8-2023 10:07 PM
tikusmontok: Kunun hadiah kat bini, padahal ...


Ke bila bini bwk ada chipped batu ke scratch sikit corner gesel dh naik hantu.. eh memandai je aku heheh.
Quote BumpIQ 1-8-2023 11:04 PM
untung lah boleh beranak

kalau mek yah ni memang tak boleh beranak

tak merasa la surprise macamni melainkan surprise kena angkut bawak masuk tanjung rambutan
Quote krustykrab 1-8-2023 11:08 PM
Brp orang anak² dia
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 11:12 PM
Sunway mmg pun tempat budak2 keta performance,,bnyk workshop/kedai aksesori.kt situ.. tp Sunway, USJ, KJ, PJ (except Damansara), Puchong semua kawasan ni iollz tak suka... tah la kenapa vibe dia mcm tak best... bila masuk Shah Alam rsa tenang je jiwa...
Quote menjad 1-8-2023 11:14 PM
Baik bagi jongkong emas. Rugi betul. Boleh dapat 4kg kot ngan harga tuh...
Quote blue_blur 1-8-2023 11:16 PM
pompuan, lagi sesuai SUV, tinggi sikit... ni rendah kalau sangkut jem, dah macam terkurung view terhalang semua... patut Urus atau Levante ke..
Quote rosedemon 2-8-2023 09:37 AM
untongla dpt somi cmni
Quote jiwasemangat 2-8-2023 10:24 AM
Ntah2 nanti laki dia yg banyak drive/ naik.. bini dia sibuk main ngan anak kat dapor..
Quote Noraniza_Iblis 2-8-2023 10:25 AM
ni trela yg same bawak ena bedul ke?
Quote midori888 2-8-2023 10:57 AM
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 11:12 PM
Sunway mmg pun tempat budak2 keta performance,,bnyk workshop/kedai aksesori.kt situ.. tp Sunway, USJ ...

adakah sebab situ kawasan ramai cina & india...shah alam, damansara tempat ramai melayu...
Quote syamzana 2-8-2023 10:59 AM
bini pun drive sorg2 feeling single
anak2 toklaki jaga kat umah
Quote prettyuglybabe 2-8-2023 11:30 AM
entah-entah kereta nama company nak reduce tax..
tak pun hasil dobi
Quote Tinot7 2-8-2023 11:42 AM
Iols susah nak husnuzon. Link tiktok mana?
Quote koko12 2-8-2023 11:54 AM
Manfaatkan Latihan dengan Akaun Demo: AMarkets menawarkan akaun demo yang membolehkan anda berlatih perdagangan forex tanpa risiko sebenar. Gunakan akaun demo ini untuk menguji strategi, memahami platform dagangan, dan meningkatkan kemahiran anda tanpa melibatkan wang sebenar. Ini adalah langkah penting bagi pemula untuk meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka sebelum melibatkan wang sebenar dalam perdagangan forex.
Quote totokreturn. 2-8-2023 12:10 PM
[youtube]pG2itl1zAA8[/youtube]
Quote naisyahmh 2-8-2023 02:27 PM
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 11:12 PM
Sunway mmg pun tempat budak2 keta performance,,bnyk workshop/kedai aksesori.kt situ.. tp Sunway, USJ ...

Shah Alam pun skrg dah start serabut.   Dah makin byk high rise..  Byk kereta  byk org..
Quote supernaturalee 2-8-2023 03:40 PM

meriah kwn2 keje sama2 celebrate


Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top