CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kredit e-Tunai RM100 Untuk B40, M40 Dilaksana Suku Keempat Tahun Ini

1-8-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4523| Komen: 13

Kementerian Kewangan sedang memperincikan inisiatif kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada golongan B40 dan M40. yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

"Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40.


"Ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini," menurut kementerian menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.

Foto: mStar

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Menurutnya, kredit itu diberikan susulan kejayaan dan kesan besar program e-tunai kepada masyarakat.

"Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.


"Selain itu, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion," kata Anwar dalam pelancaran 'Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat' pada Khamis. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-8-2023 06:24 PM
Ooo… ingatkan gomen kasik before prn…
Quote scorpionkiki 1-8-2023 06:26 PM
Masyarakat subsidi dah kita. Dulu i ketawakan UKs people sbb govt bg mcm2 sampai ada yg kata rugi kalau kerja. Tp kita lagi teruk...bazirkan duit semata2 nak beli undi. Lemah masyarakat kita in the end
Quote kaseh80 1-8-2023 06:33 PM
Lepas Prn
MErapussssss
Quote Lagubestbest 1-8-2023 08:26 PM
Jgn segan la amek duit kerajaan, sumber rezeki tuhan dah bagi, masalahnya berlegar kat atas je sikit sgt sampai kat rakyat.
Quote TomyamPuteh 1-8-2023 09:07 PM
Yg 300 tu dpt 10 Ogos katanya.
Quote caprut 1-8-2023 10:15 PM
scorpionkiki replied at 1-8-2023 06:26 PM
Masyarakat subsidi dah kita. Dulu i ketawakan UKs people sbb govt bg mcm2 sampai ada yg kata rugi ka ...

Najib yg mulakan dlu. We need to start hard again to je solusi nk reset
Quote lostnfaun 1-8-2023 10:28 PM
Ingatkan dapat bulan nie rupanya bln 10-11 baru dapat. Kira cakap dulu kemudian pikir nak urus camne. Sembang kari.
Quote B40tastePosh 1-8-2023 10:39 PM
scorpionkiki replied at 1-8-2023 06:26 PM
Masyarakat subsidi dah kita. Dulu i ketawakan UKs people sbb govt bg mcm2 sampai ada yg kata rugi ka ...

Najib Bijan yang didik rakyat macam tu
Quote BumpIQ 1-8-2023 11:02 PM
alhamdulilah boleh mek yah gunakan untuk mencekik roti canai hari2 dan isi minyak untuk pergi buat laporan palsu dekat balai polis pandan indah sambil beli data digi activation untuk buat smear campaign hari2
Quote Carcosa 2-8-2023 12:29 AM
Pundek nak pancing2 undi.
Ni semua babi.
Quote rosedemon 2-8-2023 09:37 AM
t20 rsenyum sinis

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.046546 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top