CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AJK Surau Pelik Lebih Sebulan Sumbangan Tak Masuk, Rupanya Kod QR Dah Diubah Pencuri

1-8-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5450| Komen: 24

Hari ini, seseorang dianggap 'kuno' jika tidak pandai mengimbas kod QR yang menjadi gelombang baharu dalam dunia digital. 

Disebabkan pandangan itulah, sebuah surau menjadi mangsa kepada scammer.



Gambar hiasan

Cerita salah seorang AJK surau itu kepada Sinar Harian, tabung sedekah di tempat ibadahnya sering lesap. Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh-puluh kali.

Walau dirantai termasuk ditukar dengan tabung besi pun, kecurian masih berlaku.

Selepas bermesyuarat dengan semua AJK, akhirnya mereka memutuskan untuk menggunakan kod QR. Katanya, cara itu lebih selamat, menjimatkan kos lantaran tak perlu beli tabung, wang terus ke akaun dan lebih telus.

"Alhamdulillah, selepas kaedah itu dilancarkan, dalam tempoh tiga hingga empat bulan, wang tabungan semakin bertambah. Kami gembira kerana teknologi ini lebih menggalakkan jemaah menderma," katanya.


Namun, enam bulan selepas itu, rupa-rupanya dalam diam kod QR telah ditukar dengan sambungan terus ke akaun individu tidak bertanggungjawab.

"Kami pelik sebab dalam tempoh sebulan lebih, langsung tiada sumbangan. Disebabkan tak sedap hati, salah seorang AJK cuba scan kos QR itu dan terperanjat bila ia bukan terus ke akaun surau.

"Kami tepuk dahi, terkesima dan tak tahu nak cakap apa. Memang perompak zaman moden ini canggih dan tak takut dengan dosa," katanya dengan nada kesal.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 1-8-2023 06:21 PM
Ermmmmm....x  reti nak sedih or nk ketawa baca berita nih
Quote shernazz 1-8-2023 06:40 PM
Kena kerap tukar la kalau gitu...
Jangan kekal dgn yang tu saja
Minggu ni lekat yang baru
Minggu depan lekat lagi
Lekat yang tempt ada cctv...
Quote Skuau 1-8-2023 06:48 PM
sapa kata yg...'maju lg canggih'...senang dipermudahkan...lg 'kena'...ada...la.
Quote Lagubestbest 1-8-2023 06:50 PM
uishh siyes r. xpernah terlintas.
Quote sharlenetexas 1-8-2023 06:52 PM
Qr code pun tak selamat.


Quote ninja boy 1-8-2023 07:18 PM
Kod itu kena letak dlm cermin bergrille kah
Quote dua_chzy 1-8-2023 07:21 PM
Sah2 kerja orang dalam jika begini.
Quote a4_paper 1-8-2023 07:33 PM
dua_chzy replied at 1-8-2023 07:21 PM
Sah2 kerja orang dalam jika begini.

kerja org dalam apa.. print qrcode lain tukar je la

Quote mojarean_X 1-8-2023 07:53 PM
Wat lah report polis dan adukan ke bank penipu tu
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 08:09 PM
takkan qr code tu masa nak transfer keluar nama orang lain? or memang qr code je auto transfer tanpa tahu siapa owner?
Quote Firenzza 1-8-2023 08:16 PM
CiliPadiSedap replied at 1-8-2023 08:09 PM
takkan qr code tu masa nak transfer keluar nama orang lain? or memang qr code je auto transfer tanpa ...

Penderma husnuzon kot? Kuar nama  Sakau bin Rembat acc penerima dia ingat nama tok siak masjid  sis
Quote dua_chzy 1-8-2023 11:59 PM
a4_paper replied at 1-8-2023 11:33 AM
kerja org dalam apa.. print qrcode lain tukar je la

Dah berkali2 kena curik walau tabung berkunci siap boleh tukar qr code, sebab tu aku syak orang dalam pun hada terlibat.
Quote dekmieDandy 2-8-2023 10:33 AM
bukan first case kan

sial betul matpet ni

surau tempat aku dulu, lepas dia pecah, geram takde duit dalam tu (pasai baru keluarkan), dengan tabung tu sekali dia curi jual besi buruk
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 10:34 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Quote brego 2-8-2023 10:37 AM
pencuri otak geliga

tukar QR code jer
Quote chinta89 2-8-2023 10:53 AM
pernah tgk, ada cctv rakam lelaki yg tukar qr code kat masjid/surau. x tau la kat mana, tgk kat ig masa tu
Quote Login_ID 2-8-2023 11:05 AM
kakikuDibibirmu replied at 2-8-2023 10:34 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

choiii tak leh baca
baru nak sedekah 5 sen
Quote Meiizu 2-8-2023 11:15 AM
Ketawa plak me ollss baca ni bijak2
Quote krustykrab 2-8-2023 11:28 AM
kakikuDibibirmu replied at 2-8-2023 10:34 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Duit dh byk hasil jual montot..lagi nk sakau acik² forum pupak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.049857 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top