Bakal pelajar Asasi Seni Bina Arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Gambang di Pahang ditinggalkan sendirian di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal, Terengganu gara-gara sikapnya yang terlalu pendiam.
Tiada seorang pun ahli keluarga yang menyedari dia keluar dari kereta untuk ke tandas ketika mereka berhenti seketika. Malah ketiadaannya hanya diketahui selepas dia menghubungi ibu apabila melihat kenderaan yang dinaiki tiada di tempat parkir. Menerusi video tular itu, kelihatan dua buah kereta berhenti di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 bagi menantikan 'kedatangan' remaja berusia 18 tahun. Abangnya Mohammad Khairul Azmi Ghazali berkata, mereka bergerak dari Kampung Jerong Seberang, di Marang, Terengganu sebelum singgah di hentian berkenaan kerana ingin membuang air kecil. "Sekitar 20 minit saja berhenti di situ. Semasa semua orang turun, dia masih di dalam kereta.
"Jadi, kami masing-masing ingatkan dia tak mahu turun," ujarnya kepada mStar. Menurut Khairul, adik bongsu mereka daripada empat beradik bernama Ahmad Syakir Luqman itu merupakan seorang yang kurang bercakap dan lebih gemar bermain telefon. Disebabkan itulah tiada siapa yang menyedari dia tiada di dalam kereta. "Lagipun pada ketika itu, dia dengan mak menaiki sebuah kereta yang dipandu abah manakala saya bersama isteri dan nenek dalam sebuah lagi kereta. "Adik pula duduk di bahagian belakang, jadi memang orang tak perasan dia tiada dalam kereta," kongsi anak muda berusia 28 tahun itu lagi. Paling kelakar adalah 'kehilangan' dia hanya disedari selepas satu kilometer dari R&R Kijal. Itupun selepas dia menghubungi ibu dan memaklumkan tertinggal di hentian berkenaan. "Mak cakap dia rasa pelik sebab adik duduk di belakang tetapi buat panggilan telefon. Apabila mak toleh ke belakang, barulah dia perasan yang adik tak ada. "Masa tu memang mak panik sangat... wajah bimbang mak kelihatan masa dia keluar dari kereta dan maklumkan adik tertinggal. "Tapi selepas kami semua gelak, barulah mak pun turut gelak," katanya. Khairul yang bekerja sebagai mekanik berkata, disebabkan tidak dapat membuat pusingan, dia meminta adiknya mendapatkan pertolongan orang untuk menumpang kenderaan yang mahu meneruskan perjalanan. "Semasa bercakap dengan adik, dia beritahu ada sebuah kereta Myvi di hentian tu... jadi saya suruh dia pergi minta tolong. "Tapi adik jenis pemalu dan saya minta dia beri telefon untuk bercakap dengan pemandu tu sendiri. Alhamdulillah, dia sudi hantarkan adik," luahnya. Selepas berkumpul bersama-sama, adiknya yang mesra disapa Kahar bertanya mengapa tiada siapa yang menyedari kehilangannya. "Dah famous kau, satu UIA Gambang tu dik. Belum masuk dah terkenal... eh kau tertinggal kat R&R tu. "Kenapa tinggalkan watak utama dalam cerita ni. Tukar umi dia daftar UIA," ujar beberapa warga maya. Pemilik kereta Myvi yang menumpangkannya turut meninggalkan komen di video tersebut. "Owner hadir. Mujurlah adik tu beranikan diri nak minta tumpang saya," katanya ringkas. -CARI Sumber: mStar
|
Jitu replied at 1-8-2023 08:05 PM
pendiam dan pemalu tp bila di alam maya hmmmmm
btw tak blh malu2 sangat nnt susah nak dpt awek
anony-mous replied at 2-8-2023 02:33 AM
Mmg kena pegi hntar ramai2 ke? Klau iols bini abg dia tu xkuasa aku nk ikut.
Carcosa replied at 2-8-2023 12:38 AM
Pelik aku kalau baca cerita2 mcm ni. Meluat pun ada.
Mcm bangang sgt sekor2. Kereta korang ni, panja ...
edayildiz replied at 1-8-2023 09:47 PM
kelakar jgk
mg bdk skrg jnis xnk ckp..main hp je..
btw mcm ayah i dlu dia akan pgil nama kitorg ...
tahanie replied at 1-8-2023 08:53 PM
Dah jadi macam tu, nak bukak mulut mintak tolong pun tak boleh?
Jitu replied at 1-8-2023 08:05 PM
pendiam dan pemalu tp bila di alam maya hmmmmm
btw tak blh malu2 sangat nnt susah nak dpt awek
swimswim replied at 1-8-2023 07:23 PM
Ni spesis senyap dia alam realiti tp di alam maya, dialah yg terpaling pandai
ADVERTISEMENT