CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahmad Zahid Dahulukan Kad Kredit Peribadi Untuk Aktiviti Kebajikan Termasuk Sumbangan Kepada Masjid

1-8-2023 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3710| Komen: 23

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi diberitahu, kad kredit peribadi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digunakan bagi mendahulukan pembelian peralatan untuk aktiviti kebajikan termasuk sumbangan kepada masjid.


Peralatan itu termasuk kipas, pendingin hawa dan permaidani yang merupakan sebahagian daripada aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi.

Menurut Datuk Rosiah Osman, 71, yang ketika itu Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid berkata beliau akan meneliti penyata kad kredit dan resit pembelian atas nama Ahmad Zahid yang diterimanya setiap bulan dan mengenal pasti sama ada pembelian itu atas tujuan peribadi atau untuk sumbangan.

Foto: Kosmo

Ujar saksi pembelaan ketujuh, wang Yayasan Akalbudi kemudian dikeluarkan bagi membayar balik pembelian berkenaan ke dalam kad kredit Presiden UMNO itu.

Ketika ditanya oleh peguam Hamidi Mohd. Noh pada sesi pemeriksaan utama, Rosiah berkata, beliau selanjutnya akan menyediakan cek untuk ditandatangani oleh Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.


Saksi turut menyatakan, Yayasan Akalbudi tidak mempunyai kad kredit untuk kegunaan pembayaran.

Pada prosiding sebelah pagi, mahkamah turut mendengar keterangan saksi pembelaan keenam, Datuk Mohd. Kamal Abdullah yang juga Pegawai Khas Ahmad Zahid.

Mohd. Kamal, 66, berkata, bekas Setiausaha Eksekutif Ahmad Zahid, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly (yang menggantikan Rosiah bermula 2011) lalai mengeluarkan cek, tidak memperdulikan arahan pegawai atasan atau enggan mendengar nasihat apabila kesalahannya diperbetulkan.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar pada sesi pemeriksaan balas, Mohd. Kamal menjelaskan, Mazlina pernah menulis amaun yang salah pada cek termasuk cek Yayasan Akalbudi.

Menurut Mohd. Kamal, Ahmad Zahid pernah memberitahunya bahawa Mazlina telah menggunakan cek-cek Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kredit peribadi beliau dan isterinya menggunakan cop tandatangan Timbalan Perdana Menteri.

“Mazlina sepatutnya menggunakan cek peribadi Ahmad Zahid untuk membayar bil-bil kad kredit dan bukan menggunakan cek Yayasan Akalbudi,” ujar beliau dalam pernyataan saksi.

Menurut Mohd. Kamal, Ahmad Zahid tidak pernah sama sekali memberi arahan atau membenarkan Mazlina menggunakan cop tandatangan milik beliau untuk menandatangani cek Yayasan
Akalbudi atau cek peribadi.

Ujar saksi, sebaliknya cop tandatangan tersebut hanya boleh digunakan untuk kad-kad perayaan dan sijil-sijil penghargaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung esok. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 1-8-2023 05:56 PM
Mulianya hati Wak
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 06:39 PM

pengulas politik buat ramalan after prn kes gugur
Quote shernazz 1-8-2023 06:41 PM
Wow...
Quote mojarean_X 1-8-2023 06:42 PM
Edited by mojarean_X at 1-8-2023 06:43 PM
CiliPadiSedap replied at 1-8-2023 06:39 PM
pengulas politik buat ramalan after prn kes gugur


Iols pun nk ckp benda sama tp iols takut jatuh pitenah
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 06:45 PM
mojarean_X replied at 1-8-2023 06:42 PM
Iols pun nk ckp benda sama tp iols takut jatuh pitenah

yg ckp ulas politik biasa nya betul sebab dia ramal kerjasama anak murid dan murid. yang dia tipu setakat ni isu tengku zaf bertanding di selangor

rasanya takde kan zaf bertanding di selangor? jadi one point ramalan pengulas politik tidak tepat.
Quote JunkMail 1-8-2023 06:48 PM
Dahulukan ada makna tu ..

Quote mojarean_X 1-8-2023 06:56 PM
CiliPadiSedap replied at 1-8-2023 06:45 PM
yg ckp ulas politik biasa nya betul sebab dia ramal kerjasama anak murid dan murid. yang dia ...

Iols rasa Zaf x bertanding sbb RPK dedahkan plot tu awal2 dan kaitan dgn serangan pd Sanusi
Quote pocongkiutss 1-8-2023 06:58 PM
Huk aloh..jibby pun entah2 buat benda yg sama

Zahid dh suci
Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 07:02 PM
mojarean_X replied at 1-8-2023 06:56 PM
Iols rasa Zaf x bertanding sbb RPK dedahkan plot tu awal2 dan kaitan dgn serangan pd Sanusi

yup. tp option kedua selangor mb jatuh kt umno. we wait and see. mb sekarang kena serangan bertalu oleh rpk isu stadium. sebab tu ada tangan nak ban telegram tak nak rakyat tahu

kita xboleh percaya 100% maklumat rpk. tp ada logiknya. sbb rpk dulu pejuang reformasi. rpk pernah masuk penjara. rpk orang bangsawan. banyak benda dia dedahkan yang logik dengan situasi politik.



Quote CiliPadiSedap 1-8-2023 07:02 PM
pocongkiutss replied at 1-8-2023 06:58 PM
Huk aloh..jibby pun entah2 buat benda yg sama

Zahid dh suci

dosa jibby sbb dia punya kes jalan dulu. kalau kes dia lambat tentu dia blh claim derma 2.4 billion
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 11:28 PM
rakyat dh makin bijak menilai permainan Wak Jahid kpop ni... be gentlemen and step down..kesian kt Umno dan BN... tu je cara nk selamatkan parti
Quote tungkai 1-8-2023 11:44 PM

Quote ctaz 1-8-2023 11:56 PM
baik....
baik...ada makna tu
Quote kemaruk 2-8-2023 12:27 AM
terima kasih orang baik

bangkem tahu dari dulu lagi wak jahit tak bersalah

bangkem tak terkejut pon kalau kes digugurkan
Quote rosedemon 2-8-2023 09:36 AM
mulianyaaaa semoga sorga
Quote tompie 2-8-2023 10:19 AM
Dalam court boleh claim2 mcm tu aje ke??
Takyah nak kena substantiate claim dia ke?
Berapa total credit card payment made, berapa derma yang dia bagi??
satu sen pun takde masuk poket sendiri ke?

Mcmana claim kata yang dia bayar insurance/road tax kete tu plak?
Keta peribadi ke kete pusat kebajikan / tahfiz / masjid / etc??

Memang mcm ada bau2 kes akan digugurkan..
Hoi hoi ya hoi betul...
Quote kaseh80 2-8-2023 10:21 AM
Terharunya
Jiwa yg suci murni
Quote asudau 2-8-2023 10:27 AM
statement card credit sama ke dengan dakwaannya membeli kipas dan barang-barang untuk masjid...

baik akhlak wak kan...kalau tak claim balik lagi baik, amal jariah gitu
Quote zehra2 2-8-2023 10:31 AM
hahaha. wak zahid & kad kad kredit nya.
kang suruh org lain byr laa. guna duit yayasan laaa...
sekutu baru pun.. rakyat tk lupa ler

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.191981 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top