CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Tercengang Baru Parkir Sekejap Dah Hilang- Lelaki Tinggalkan Motor Ex5, Selamba Bawa Lari Lori Roti Gardenia

1-8-2023 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4296| Komen: 27

PUCHONG – Seorang pemandu lori cemas dan buntu setelah mendapati lori milik syarikatnya hilang selepas ditinggalkan sebentar di bahu jalan berhadapan sebuah stesen minyak Taman Puchong Utama.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 petang semalam, pemandu berusia 34 tahun itu telah meninggalkan lori berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan pintu berkunci.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat berkata, pengadu memasuki stesen minyak untuk melakukan transaksi pengeluaran wang di mesin juruwang automatik (ATM).

Foto: Kosmo

Menurut laporan, pengadu telah kembali ke tempat lori diletakkan 10 minit kemudian sebelum mendapati lori tersebut hilang.

“Hasil penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kita dapati seorang suspek berpakaian baju sejuk dan seluar panjang berwarna hitam serta memakai topi keledar warna kelabu telah melarikan lori tersebut pada pukul 4.24 petang.


“Suspek telah meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dilaporkan hilang di kawasan Serdang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, kerugian bernilai lebih kurang RM40,000 dianggarkan ekoran kes kecurian berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai curi kenderaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjin masih hidup untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku.

“Sila hubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di 03-78627100 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Jefri Mohamad di talian 012-9854484 sekiranya maklumat berkaitan kejadian,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 1-8-2023 05:17 PM
kena potong gaji ke acaner bdk gardenia..gila perompak skrg
Quote testly 1-8-2023 05:29 PM
Hot stuff tu roti gardenia. Sedap dimakan begitu sahaja
Quote Skuau 1-8-2023 06:25 PM
Sudah dapt lori gedabak bosor......motor level kapcai tidak berguna lagi....
Quote Kitty_catz 1-8-2023 06:31 PM
mampuihhh la ko nak menjawab kat mgmt uiii

all the best dhekkk
Quote Jitu 1-8-2023 08:34 PM
terer jugak kan 10 minit je tinggal padahal pintu berkunci
Quote Orangkaya99 1-8-2023 08:36 PM
first time roti gardenia kene curi
Quote Jitu 1-8-2023 08:37 PM
@kakikuDibibirmu takde ke gambar selalu pantang nampak gardenia terus spam
Quote Highflyer19 1-8-2023 08:51 PM
...telah meninggalkan lori berkenaan dalam keadaan enjin hidup dan pintu berkunci...
Quote da_lynn 1-8-2023 09:41 PM
Yg bawak lori gardenia ni, bukan setakat driver je, actually theyols buat sales sekali.
Lagi banyak, spot yg diaorg letak roti tu lagi masyuk.
Iols pernah dapat client driver cum sales person gardenia ni, busuk² pun 3.8k income sebulan, ni kalau paling sikit lah dia deliver.
Kalau lagi rajin, lagi masyukk. Masa pkp dia cerita 6k-7k senang² je dapat.
Moral of the story, lori gardenia mmg sangat berharga.
Quote matchstick 1-8-2023 10:05 PM
Skuau: Sudah dapt lori gedabak bosor. ...

Tu pun motor curi. Mesti byk experience curi  kenderaan drpd level kapcai ntah2 smpi Lori  kontena pun dia boleh bwk kot. Kalau yg mencuri tak mahir bwk Lori bahaya plk pada org awam dan mudah kena cekup dek polis sbb look suspicious kot
Quote sambaldurian 1-8-2023 10:37 PM
Aku doakan supaya penyangak ( aku ni jrg nk mencarut) , cedera, dapat ditangkap. Cedera yg sedang2 je, bergesel ke, seret2 manja ke. Klu parah sgt, kena duduk hospital, satu hal pulak staff hospital nk kena rawat dia.
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 10:46 PM
pencuri ni pun rsanya mental ni... moto tu pun curi..dia bkan curi nk harta tp saja2 seronok mcm main game Gta san andreas... sbb tu nama game tu grand theft
Quote BumpIQ 1-8-2023 11:03 PM
mek yah pun pernah curi treler sebab mek yah tak mampu naik kereta

kereta tak muat dan tak mampu nak tampung mek yah maka mek yah terpaksa curi treler dan naik treler tu ke balai polis pandan indah
Quote Carcosa 2-8-2023 01:19 AM
Plot twist. Pencuri tu adalah seorang baker.
Dia nak buat bread butter pudding byk2, sbb tu dia cilok lori roti. Lepas2 ni, mungkin dia cilok lori tepung
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 08:13 AM
Jitu replied at 1-8-2023 08:37 PM
@kakikuDibibirmu takde ke gambar selalu pantang nampak gardenia terus spam

PKP Gardenia tersenyum sinis:



Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 08:13 AM
Sungguh enak dimakan begitu sajaaaa.... Resepi Uncle Scrotum

[youtube]eljZZfL_z5E[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 08:14 AM
massimo vs gardenia



Quote otai_g 2-8-2023 08:18 AM
kakikuDibibirmu replied at 2-8-2023 08:13 AM
Sungguh enak dimakan begitu sajaaaa.... Resepi Uncle Scrotum :2l ...

Haha iklan zaman 90an.

Mmg best zaman tu. Tade smartphone, tade Bitcoin, tade agen personal insurance
Quote supernaturalee 2-8-2023 09:25 AM
Skuau replied at 1-8-2023 06:25 PM
Sudah dapt lori gedabak bosor......motor level kapcai tidak berguna lagi....


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.167208 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top