Seorang influencer berusia 39 tahun menemui ajal selepas mengamalkan diet yang sangat ekstrem selama bertahun-tahun. Zhanna D’Art atau nama sebenarnya Zhanna Samsonova yang berasal dari Rusia dan telah disahkan maut di Malaysia baru-baru ini.
New York Post menyatakan Zhanna sebelum ini mahu dikenali sebagai pempengaruh vegan dan sering berkongsi pelbagai video mempamerkan dirinya sedang mengunyah makanan mentah. Rakannya mendedahkan bahawa Zhanna hanya memakan durian dan nangka sejak 7 tahun lepas. Difahamkan, Zhanna tetap percaya bahawa diet itu mengubah badan dan mindanya setiap hari meskipun secara realitinya, kesihatannya semakin merudum. Beberapa bulan sebelum kematiannya, salah seorang rakan mendiang berkata Zhanna nampak kepenatan dan mempunyai benjolan di kaki ketika berada di Sri Lanka. "Dia dihantar pulang untuk mendapatkan rawatan tetapi dia melarikan diri lagi. Apabila saya berjumpa dengannya di Phuket, saya takut. Setiap hari saya takut temui mayatnya pada waktu pagi. Saya dah minta dia untuk dapatkan rawatan tetapi dia berkeras.”
Pada 21 Julai lepas, Zhanna meninggal dunia di Malaysia selepas dia mendapatkan rawatan dan punca kematian tidak rasmi adalah disebabkan kebuluran. Ibu Zhanna bagaimanapun percaya anak perempuannya itu maut akibat jangkitan kerana bertahun-tahun memakan buah-buahan, biji benih dan jus. -CARI
|
shernazz replied at 1-8-2023 05:20 PM
Laahai
Iols Makan nangka.ni bila.time2.rasa nak Makan buah2 je...
Sedapnya nangka madu..
Kitty_catz replied at 1-8-2023 06:23 PM
nangka nanti ketuttttt manjang
shernazz replied at 1-8-2023 06:36 PM
Itu lah tapi sedap nya kaka...
Laki iols kalau Makan dia sakit belakang..
Iols Makan best plak..se ...
ADVERTISEMENT