Di sebalik tindakan majikan mencari alternatif untuk menjimatkan kos dengan menggunakan mesin dan teknologi pengkomputeran bagi menggantikan manusia, pasti ada golongan yang tertindas atau merasai kesan buruknya.
Seorang lelaki menceritakan bagaimana rakannya yang merupakan seorang pereka grafik kini menganggur kerana pekerjaannya dicuri oleh 'robot'. "Member aku dulu designer, sekarang dah kena buang kerja. Dia cakap pekerjaan designer dah tak relevan, sekarang orang dah tak bayar mahal-mahal. "Office dia dah kurangkan orang sejak kewujudan teknologi macam artificial intelligence seperti ChatGPT, Midjourney dan Canva. "Dia cakap skill design yang dia belajar selama bertahun-tahun sekarang budak darjah 6 pun boleh belajar dalam sejam je guna platform artificial intelligence ni. "Kerja korang okay ke? Food delivery pun orang dah pakai dron sekarang dekat luar negara, jimat kos untuk majikan," kata lelaki itu melalui satu video di TikTok. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berkongsikan perspektif mereka dalam hal ini. "Betul, saya kerja bahagian human resource, ada syarikat yang dah guna bantuan teknologi untuk proses gaji sekarang. Mungkin tak lama lagi kerja saya pun akan digantikan dengan teknologi. Tak apa, saya yakin dengan rezeki Allah. "Cikgu saya kata kerja yang tak akan boleh digantikan dengan robot adalah bidang memasak dan gunting rambut. Sebab semua orang nak makan dan gunting rambut. "Kerja kolar biru macam servis penghawa dingin, penyelenggaraan kereta, tukang kayu, tukang paip dan juruelektrik robot tak akan boleh ganti, kalau ada kudrat boleh masuk bidang ni. "Tak apa, kalau robot curi kerja, kita kerja la repair robot, mereka pun mesti perlu diselenggara juga," kata sebahagian warga maya. Sumber: mStar |
shernazz replied at 1-8-2023 05:25 PM
Masak pung skang ada robot
Kat chan express RNR sungai buloh
Tapi naseb je ada orang tukang timbang2 ...
shernazz replied at 1-8-2023 05:25 PM
Masak pung skang ada robot
Kat chan express RNR sungai buloh
Tapi naseb je ada orang tukang timbang2 ...
doubleharmonic replied at 1-8-2023 05:54 PM
vending machine yang bancuh kopi keluar cup tu pon kira robot jugak lah khensss. takkan hantu pula ...
JohnDeSouza replied at 1-8-2023 05:35 PM
ada link??
doubleharmonic replied at 1-8-2023 05:54 PM
vending machine yang bancuh kopi keluar cup tu pon kira robot jugak lah khensss. takkan hantu pula ...
Skuau replied at 1-8-2023 04:51 PM
mungkinkah:
-laki xyh risau pasal hantaran..bila 'kawen' ngn robot???
-pompuan xyh risau laki bewak. ...
ADVERTISEMENT