CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Kereta Syaitan, Langgar Lampur Isyarat Merah! Larikan Diri Selepas Langgar Mati Penunggang Motosikal

1-8-2023 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2804| Komen: 14

Johor Bahru : Seorang lelaki maut angkara tindakan pemandu kereta melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Nibong 17 Jalan Daya, Taman Daya tengah malam tadi.

Mangsa, Iskandar Amirul Aiman Zulkafli, 23, maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta melarikan diri selepas kejadian dan sedang dikesan.


Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian pada 12.05 tengah malam itu membabitkan kereta Proton Saga dan motosikal Yamaha 135 LC.

Foto: Harian Metro

"Mangsa dari arah sebuah pasar raya di Taman Daya menghala ke Setia Indah.

"Setiba di lokasi kejadian kereta Proton Saga dipercayai melanggar lampu isyarat warna merah dan melanggar motosikal.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal tercampak di atas dan mengalami pelbagai kecederaan, sebelum disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Raub berkata, pihak polis memohon pemandu kereta terbabit dan orang awam yang melihat kejadian tampil memberi maklumat di Balai Polis Trafik IPD JBS, atau boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Zulpaka Bambo di talian 014-8861791.

Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 1-8-2023 02:44 PM
celaka betoi.. langgar lampu pastu gi bunuh org.. apa tah nak dikejo nya.. nak berak gamaknya
Quote noor2 1-8-2023 02:44 PM
Pendatang asing ke ni...x de lesen
Quote airfilterkotor 1-8-2023 03:22 PM
Tengok pada kondisi motosikal, kuat hentamannya ni.
Quote ninja boy 1-8-2023 03:27 PM
Tempat ai motorsikal selalu langgar merah dan kereta paling depan ingatkan dah hijau terus drive menonong ke dpn bongok betul kedua2
Quote Skuau 1-8-2023 03:34 PM
adakah kes ini akan...diklasifikasikan sbg:
- kemalangan(jer..pon...)
            atau
-'membunuh(dgn kemalangan)'
                   ???????
Quote sangbara2020 1-8-2023 04:09 PM
xde kamera ke kat trepik light tu
Quote imanjannah 1-8-2023 04:13 PM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote Simunggu 1-8-2023 04:20 PM
yg pasti yg langgar bukan melayu..lepas ni akan buat report polis menyerah di balai katanya takut kena pukul kalau berhenti di tempat kejadian...
Quote prettyuglybabe 1-8-2023 04:55 PM
J driver...

Quote hareeeesah 1-8-2023 06:55 PM
mmg semua keta kena psg dashcam la.. apa brand yg ok xbocor pocket, elok?
Slalu kena motor yg langgar lampu merah pastu marah kereta hon. Aku nk carut ank-ank dlm keta ambik hanta blk skolah
Quote Jitu 1-8-2023 08:28 PM
mmg skrg ni nampaknya makin teruk lepas pkp
adakah sbb beksin
masing2 bawak kenderaan mcm tak sekolah
dgn follow rapat, memotong masa double line, langgar lampu merah, pandu melebihi had laju etc...
Quote rosedemon 2-8-2023 09:35 AM
mmg setan neraka la ko

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036889 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top