CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teknologi AI Ancaman Baru Malaysia?

1-8-2023 02:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1745| Komen: 4

Putrajaya: Kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengatasi masalah etika penggunaan berkaitan teknologi berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, pewujudan kerangka itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan AI memandangkan ia adalah satu teknologi baharu.


"Ini perkara (teknologi) baharu dan kita perlu kumpulan tenaga pakar daripada agensi kerajaan serta industri untuk memahami beberapa cabaran .... AI mungkin akan bawa kesan kepada sektor pekerjaan.

"Ketika ini, ramai sudah mula guna aplikasi AI, ada kewajaran bagi pihak kerajaan untuk meneliti keperluan mewujudkan suatu kerangka kawal selia," katanya pada program Public Sector Day Malaysia di sini, tadi.

Fahmi berkata, pewujudan kerangka itu akan membantu kerajaan memahami beberapa cabaran penggunaan AI memandangkan ia merupakan satu teknologi baharu.


AI ialah teknologi yang meniru kepintaran otak manusia dengan kemampuan untuk belajar memperbaiki mutu kerjanya dari semasa ke semasa sehingga dapat berfungsi lebih cekap dan sempurna bagi melaksanakan sesuatu tugasan.

Bagi meningkatkan pemahaman rakyat terhadap AI, Fahmi mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mewujudkan program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu untuk mengulas mengenai AI dalam bahasa Melayu.

"Sejajar dengan perkembangan sektor teknologi, saya harap RTM boleh berbincang dengan DBP. Usaha ini boleh bantu untuk memperbanyak kosa kata berkaitan teknologi dalam bahasa Melayu …. Bila ada banyak kosa kata (mengenai teknologi) dalam bahasa Melayu, ia akan mudah difahami," katanya.

Fahmi berkata perkembangan bahasa perlu selaras dengan kemajuan teknologi bagi memastikan setiap teknologi baharu mudah difahami segenap lapisan masyarakat.

Terdahulu, dalam ucaptamanya Fahmi berkata Malaysia memerlukan lebih ramai bakat dan pakar dalam data dan teknologi kerana negara ini semakin menghampiri dekad digital keemasan dan menjadi harimau digital Asia.

"Banyak peluang untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dengan menerima pendigitalan kerana Malaysia berusaha untuk menjadi negara yang mengutamakan digital dan memulakan dekad digital yang makmur," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 1-8-2023 03:40 PM
oditor meols dtl last week pun ckp keje  deme jadi lagi senang lepas ni.. guna AI. ada meeting dgn developer, ntah buat apa

so lepas ni tapayah hire reramai staff katanyehhhh
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 04:05 PM
human population makin bertambah, lpas tu most task nk di automate oleh AI... then how about employment... nak makan nasik nk kena kerja... this will kickstart in financial sector, and then domino effect will happen in other sectors yg keja mengadap PC... those yg keja back office or shared services kena get ready...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.034951 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top