CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejam Diheret Buaya, Tenggelam Timbul Dalam Sungai Akhirnya Selamat

1-8-2023 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1943| Komen: 5

Jakarta: Seorang wanita Indonesia terselamat selepas 'bertarung' dengan buaya lebih sejam, baru-baru ini.

Ketika kejadian, pekerja ladang sawit, Falmira De Jesus, 38, itu mengambil air dari sungai, 27 Julai lalu.


Dia tidak menyedari reptilia itu bersembunyi di bawah rumpai di sungai itu. Haiwan itu kemudian menyeretnya ke dalam air.

Foto: Agensi

Falmira menjerit meminta tolong sebelum rakan sekerjanya bergegas cuba membantunya dengan menggunakan galah untuk menusuk buaya itu.

Wanita itu dilihat tenggelam dan timbul kira-kira lebih sejam dalam air apabila reptilia itu bergerak sebelum dia berjaya ditarik dari tempat kejadian.

Dengan kecederaan parah, Falmira dikejarkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Berkongsi detik cemas itu, Falmira berkata, dia menahan kesakitan kerana buaya itu tidak mahu melepaskan gigitannya.


"Lama-kelamaan.... saya berasa semakin lemah. Saya hanya fikir mati kerana saya dibawa dalam air.

"Kini, walaupun sudah terselamat, saya masih trauma dan memikirkan buaya masih ada.

"Saya sangat berterima kasih kepada orang yang membantu saya dan saya amat terhutang budi kerana mereka sudah menyelamatkan nyawa saya," katanya.

Falmira masih dirawat dan dipantau di hospital akibat cedera pada lengan kanan, peha dan kaki.

Indonesia mempunyai 14 spesies buaya.

Ahli pemuliharaan percaya, buaya pergi ke kawasan sungai lebih jauh ke pedalaman disebabkan penangkapan ikan berlebihan mengurangkan bekalan makanan semula jadinya.

Selain itu, ia juga disebabkan kehilangan habitat semula jadi haiwan itu apabila kawasan pantai dibangunkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 1-8-2023 01:55 PM
ada tgk vid ni kt fb hanya kepala dia je nmpk kendian tengelam kena heret ngan buaya pastu timbul balik ee seram..alhamdulillah selamat juga dia.
Quote sangbara2020 1-8-2023 03:15 PM
kongsi la video...iolls paling serem buaya..ulaq...
Quote rosedemon 2-8-2023 09:33 AM
panjang umoorrrr

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.067742 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top