CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Polis Ditahan Pecah Masuk Stor Eksibit, Curi Barang Kes

1-8-2023 01:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1974| Komen: 9

Serdang: Seorang sarjan polis ditahan bagi membantu siasatan kes pecah masuk dan curi beberapa barang kes di stor eksibit Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, anggota polis berusia 40-an itu ditahan pada semalam.



"Hasil siasatan dilakukan mendapati barangan yang dicuri itu adalah barang kes yang sudah selesai siasatan dan menunggu proses pelupusan.

"Permohonan reman terhadap suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sepang itu akan dibuat hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri majlis Perbarisan Ulang Tahun Polis Bantuan ke-7 Sime Darby Property Berhad di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti motif kejadian terbabit.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang individu diburu polis selepas dipercayai memecah masuk dan mencuri beberapa barang kes di stor eksibit di IPD itu.

Antara yang dilaporkan hilang dipercayai dicuri individu terbabit adalah beberapa barangan kes yang sedang menunggu untuk dilupuskan membabitkan siasatan sejak 2014.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 1-8-2023 01:42 PM
'harapkan pagar, pagar makan padi'

Maksud: Harapan diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.

Contoh ayat: Kejadian seorang sarjan polis ditangkap kerana pecah masuk ke dalam sebuah bangunan yang berada di bawah kawalannya itu bolehlah disifatkan sebagai harapkan pagar, pagar makan padi.
Quote pekanwoohoo 1-8-2023 01:48 PM
Ni betul-betul dalang atau kambing hitam je?
Quote 3chanceno 1-8-2023 02:15 PM
Tak mungkin kerja sorang pegawai je..diharap kes benar2 disiasat dan telus
Quote sangbara2020 1-8-2023 03:10 PM
xkan sorg buat kerja...
adakah iolls salah bila menyokong ank iolls nk menjadi pulis...
Quote babelina 1-8-2023 03:44 PM
sangbara2020: xkan sorg buat kerja...adakah iolls salah bila menyokong ank iolls nk menjadi pulis...

mgkn juga ada yg lain terlibat..
bab ank nk jadi polis tu.. sokong la..tp doa la selalu moga sentiasa jauh dari org2 jahat, bahagian yg ada maksiat, dadah dan rasuah.. sbb sgt byk dugaan nya.. sgt2 ssh nk elak..

Quote Lolalala 1-8-2023 04:49 PM
Sokong laaa anak tu..nasihatkan dia supaya jadi polis yg "clean" dan berwibawa. Ramai je polis yg baik2.
Quote ally9970 1-8-2023 05:02 PM
Nak tutup kes jer ke? One man show je ker? Apa motif dia nak curi semua bahan bukti?
Quote noor2 1-8-2023 05:02 PM
So betulla angkara org dalam....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.501874 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top