CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kali Terakhir Mangsa Dera Dilihat Jumaat Lalu, Datang Rumah Main Dengan Cucu Jiran

1-8-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3263| Komen: 21

Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun hanya mampu menahan kesengsaraan selepas dipercayai menjadi mangsa dera sejak Mac lalu.

Bagaimanapun, penderitaan itu berakhir selepas ka­nak-kanak tersebut meninggal dunia kelmarin dengan kesan kecede­raan serta lebam-lebam pada anggota badan, membawa kepada penahanan ibu mangsa dan teman lelakinya di Taman Panglima, Assam Kumbang, kelmarin.



Polis mengangkat mayat seorang kanak-kanak mangsa dera di Taman Panglima, Assam Kumbang, Taiping kelmarin.

Ketika tinjauan Kosmo! di tempat kejadian, seorang jiran mangsa memberi­tahu, kali terakhir dia melihat mang­sa pada petang Jumaat lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa berkawan de­ngan cucunya yang juga rakan sebaya di kawasan penempatan itu.

“Jumaat lalu, dia (mangsa) ada naik basikal datang ke depan pintu pagar rumah untuk bermain dengan cucu.

“Dia datang sekejap sahaja dan kemudian terus balik ke rumahnya dan selepas itu saya tidak lagi melihatnya sehinggalah dapat tahu dia (mangsa) sudah meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, pihaknya telah menerima panggilan melalui talian kecemasan pada pukul 11 pagi berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

“Pihak polis dan ambulans telah bergegas ke lokasi termasuk pihak forensik bagi menjalankan siasatan. Hasil siasatan awal mendapati, ada unsur-unsur pende­raan ke atas kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kanak-kanak itu adalah anak kedua daripada lima beradik dan ibunya yang berusia 36 tahun tinggal bersama dengan teman lelakinya di lokasi keja­dian.

Katanya, wanita terbabit dikatakan mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya.

“Hasil siasatan juga mendapati, mangsa dipercayai telah didera mulai Mac tahun ini.

“Mayat mangsa telah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Taiping untuk proses bedah siasat,” ujarnya.


Polis memeriksa lokasi kejadian seorang kanak-kanak maut dipercayai akibat didera.

Ibu mangsa dan teman lelakinya telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 6 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun turut maut selepas tengkorak dan organ dalaman mangsa pe­cah dipercayai menjadi mangsa penderaan teman lelaki ibunya di rumah suspek di Cheng, Melaka.

Kanak-kanak lelaki itu terpaksa menanggung kesengsara­an sehingga tidak sedarkan diri selepas teruk ‘dikerjakan’ hanya kerana mangsa muntah di atas sofa kesayangan suspek.

Kejadian itu berlaku selepas ibu mangsa menghantar anaknya ke rumah teman lelakinya di kawasan Cheng, di sini pada pukul 5.30 pagi untuk berubat kerana kanak-kanak tersebut dikatakan mengalami muntah-muntah.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 1-8-2023 01:28 PM
kesiannya..mak dia msti jenis bohsia masa form 4 5
Quote batmana 1-8-2023 01:30 PM
byk parut kt bdn budak ni..
apa bangang pekak badak tahap dinosaur ke apa jiran2 sebelah rumah, takde perasan suspicious ke dlm hati arr??? ,

9 tahun tu... bdk 9 thn
Quote BoongaKertas 1-8-2023 01:43 PM
peliklah, jiran x dgr ke budak tu meraung ke hape kan
Quote lasagnaklcc 1-8-2023 02:27 PM
Asal berlaki je kan ko kak
Pikir poen ko je
Quote exclusive_vvip 1-8-2023 02:30 PM
edayildiz replied at 1-8-2023 01:28 PM
kesiannya..mak dia msti jenis bohsia masa form 4 5

biasanya camtu lah..
Quote edayildiz 1-8-2023 03:44 PM
exclusive_vvip replied at 1-8-2023 02:30 PM
biasanya camtu lah..

kan..jiran pun xkan la xtau huhu..mcm perumahan je..kesiamm wehhh nsb bdk yg ditakdirkn lahir dlm family yg buruk perangai mcmni
Quote IvyGorgon 1-8-2023 04:01 PM
Maknya ni kalah haiwan, dia yang salah at first place sebab dia enabler
Quote sangbara2020 1-8-2023 04:19 PM
Ya Allah...bawah tu pun kes dera kat cheng melaka
apa ke bangang sgt org zaman skrg
kau doakan jela kau mandul drp kau beranak pastu seksa budak tu
Quote noor2 1-8-2023 05:05 PM
Melayukan?...celaka mak dan boipren dia
Quote Suchi 1-8-2023 05:08 PM
Soalan serius :

Kenapa kalau kapel ngn single mom mesti kena dera anak2 dia?
Lenkali pi la cari pompuan yg takde ank.
Tak larat laa byk sgt dah kes gini tak terkira.
Quote pocongkiutss 1-8-2023 05:20 PM
Suchi replied at 1-8-2023 05:08 PM
Soalan serius :

Kenapa kalau kapel ngn single mom mesti kena dera anak2 dia?

Single mom tu pun bangang

Ko dah tau lelaki tu pukul anak ko...ko biar kenapa??? Asal berboipren??? Bnyk kes siap bersekedudukan dgn jantan!!

Siap ada kes yg maknya pun join sekali dera anak tu

MAK YG MCM NI MEMANG CELAKA !!!
Quote shernazz 1-8-2023 05:22 PM
Mak dia Bodo
Jiran2.pung pekak tuli
Quote immi 1-8-2023 06:39 PM
Dah kenapa mak2 dlm proses cerai sukahati bersekudukan dgn boifren ? Anak2 jd mangsa. Yg boifren pon bkn main sampai mati mengerjakan knk2
Quote cik-jaja 1-8-2023 11:54 PM
jiran2 tak kan tak dengar budak tu meraung sakit ke apa...
Quote per706 2-8-2023 12:27 AM
Boleh tak nk carut babi.

Gatal sgt ke.bwah tu nk berlaki sgt.smpi anak jadik mangsa.x boleh la aku mende gini.x paham.mampos ke ko klau xde laki dlm hidop.smpai ank yg tggal dlm rahim ko selama 9 buln 10 Ari tu mcam x dak nilai.

Ni mesti x join sekaki.dok pujuk ank sabar. Biar mampus dua2 dlm pnjara.biar dikerjain banduan2 laen dlm penjara tu.biar warden tu bocor kat banduan laen ko masok situ sebb dera ank.

Hidop la dlm penjara tu dgn penuh kesialan smpai ko mampus.
Quote she 2-8-2023 01:24 AM
Hawau punya mak
Quote B40tastePosh 2-8-2023 02:15 AM
noor2 replied at 1-8-2023 05:05 PM
Melayukan?...celaka mak dan boipren dia

Biasa yang pandai pancut je Melayu.. tak tahu la kalau alien
Quote B40tastePosh 2-8-2023 02:16 AM
she replied at 2-8-2023 01:24 AM
Hawau punya mak

Tau sedap kelentet je kann
Quote VespaSilbe 2-8-2023 08:27 AM
Dah bersedudukan jiran2 tak p report ke.. pelik

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.194261 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top