CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Wanita Dipukul Di Tangga, Bapa Buat Laporan Polis

1-8-2023 01:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2654| Komen: 7

Georgetown: Ahad lalu, seorang lelaki tampil membuat laporan yang mendakwa wanita dalam video tular dipukul di tangga adalah anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu mendakwa anaknya keluar dari bandar ini sejak Disember tahun lalu berikutan masalah keluarga.


TANGKAP layar video tular seorang wanita dipukul. FOTO tular

Katanya, sejak itu mangsa yang berusia 24 tahun tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi keluarga.

"Sehingga kini, tidak dapat dipastikan kedudukan atau lokasi keberadaan mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video berdurasi lima minit dan 31 minit memaparkan wanita terbabit dipukul berkali-kali di kawasan tangga.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 1-8-2023 01:24 PM
tu la lari dr umah ikut zantan..ingt zantan tu bebetul nk ke..dia nk poen ko je kak
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 01:45 PM
kesian kt ayah dia tengok anak kena pukul mcm tu... apa2 pun jgn tinggalkan keluarga... kan dh kena balasan dia... hopefully sheolz insaf la... umur muda lg jgn wasted your life dik
Quote Thunderclouds 1-8-2023 02:00 PM
Balik je la dekkkk...
Sedangkan ank mendadih makPak tetap tatang,inikn pulak ko gatai p ikot jantannn...
Hadap ko mkn kaki mkn tgn jantan dr tahan telinga dilahar mak sendriii...
Xtau la kalo kt umah pn bak dlm nuraka khuens.
Out of the frying pan into the fire kekdahnye.
Quote prettyuglybabe 1-8-2023 02:05 PM
acik forum kata kalau lari-lari rumah ni budak melayu je buat..
rupanya sepet pun ada ye
Quote LostStar 1-8-2023 02:20 PM
mana weih video nya
Quote Perawankota 1-8-2023 04:26 PM
Jarang perempuan yg lari ikut jantan hidup bahagia..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.256625 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top