CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operator Kren Bingung Dan Kecewa, Dipecat Gara-Gara Pergi Buang Air Besar Semasa Waktu Kerja

1-8-2023 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2693| Komen: 14

PETALING JAYA – Seorang operator kren kecewa dengan tindakan majikannya memberi notis pembuangan kerja angkara dia membuang air besar semasa waktu bekerja.

Lelaki yang menggunakan akuan Facebook, Edwin Adrin semalam memberitahu, alasan majikannya adalah tidak masuk akal sama sekali dan meminta pandangan orang ramai berkaitan situasi dihadapinya itu.


Gambar Hiasan

“Ada sesiapa yang bekerja di Jabatan Buruh boleh tolong jelaskan kepada saya tentang perkara ini. Ada seorang jurutera nak buang saya tanpa sebab. Dia suruh saya berhenti kerja 31 Ogos ini (semalam) kira notis sebulan.

“Tapi mengikut perjanjian dalam syarikat itu, tempoh bekerja yang dinyatakan dalam kontrak adalah setahun. Bermula 12 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2024.

“Apabila saya bertanya sebab-sebab saya diberhentikan, alasan yang diberi langsung tidak kukuh. Surat amaran apa semua tidak ada,” luahnya di Facebook.


Menurut Edwin, sebelum dirinya diberikan notis pembuangan kerja dalam tempoh sebulan pada semalam, dia dan jurutera tersebut yang juga merupakan majikannya sememangnya berlaku salah faham sehingga menimbulkan pergaduhan kecil di antara mereka berdua.

“Sebenarnya pagi tadi (semalam) kami berdua ada selisih faham. Dia marah-marah di tempat kerja kerana saya membuang air besar ketika waktu bekerja.

“Bila saya sudah selesai urusan sebelum itu, dia suruh saya cari kerja lain sebab 31 Ogos (semalam) adalah hari terakhir saya kerja. Saya terus terkedu. Tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi begini,” kata lelaki asal Sabah itu.

Tambahnya, dia sudah meminta majikan memberikan surat tunjuk sebab bagi membuktikan punca dia diberhentikan, namun katanya pihak syarikat enggan berbuat demikian. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 1-8-2023 01:45 PM
fight for your right brother. pergi jabatan buruh tu lodge complaint. nanti officer akan advice chuols sepatutnya.
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 01:50 PM
whatever it is still kena abide agreement hitam putih... bawa ke pejabat buruh dan lodge a report... semoga dipermudahkan urusan
Quote prettyuglybabe 1-8-2023 02:07 PM
nak dengar cerita belah pihak majikan pulak..
Quote tungkai 1-8-2023 02:14 PM
So time keje tak boleh nak berak eh? Time tu tengah buat lifting ke?
Quote lasagnaklcc 1-8-2023 02:16 PM
Smlm 31 Julai. Kerja jela sampai 31 Ogos.
Quote sangbara2020 1-8-2023 02:18 PM
mgu lps aku cirit birit nasib majikan baik....haha
Quote kucingitam 1-8-2023 02:31 PM
apply kerja dgn pejabat air klantan, bang..gi jamban lama2 pun boss cover baekk punya.
Quote KamikuP 1-8-2023 04:07 PM
Patut le kene buan kerjg tatau tengok kalendar. 31 Ogos tu Merdeka bole le cuti hahahah
Quote Simunggu 1-8-2023 04:10 PM
ini kes menang ni...kes buat duit ni....
Quote rosedemon 2-8-2023 09:33 AM
fighttt bang bos2 mmg mcam hanjing pangai
Quote namr 2-8-2023 09:36 AM
ada je bos babi camni
Quote rospinki 2-8-2023 09:37 AM
kadang majikan tunggu masa je nk buang staff selamani dgn perangai mcm taik tup2 kena buang dia point kt situ je.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039106 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top