CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Adakah Saya Bermimpi?' - Pengunjung Terkejut Putera William Jadi Pelayan Trak Makanan

1-8-2023 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2032| Komen: 5

Orang ramai terkejut dan teruja melihat kehadiran pewaris takhta Britain, Putera William yang menjadi pelayan menyaji burger sayuran di sebuah trak makanan di London.

Putera William dilaporkan CNN menjalin kerjasama dengan saluran YouTube Sorted Food mencipta burger tanpa daging yang dihasilkan menggunakan inovasi pemenang program Earthshot Prize tahun 2022.



YouTube/CNN

Dalam satu video dimuat naik di YouTube, pasukan itu menyediakan burger menggunakan barangan Earthshot yang diserahkan kepada Putera William untuk dihidangkan kepada pelanggan trak makanan.

Ketika pasukan meminta "cef" empat burger Earthshot, Putera William menoleh membuatkan pelanggan yang berada di situ terkejut;

"Daripada semua perkara yang saya jangkakan, bukan itu. Apa yang baru berlaku?” kata seorang wanita dalam video yang kemudian bertanya kepada orang lain.



"Otak saya mengambil masa seperti tiga saat untuk memproses apa yang terjad. Adakah saya bermimpi? Adakah saya cukup tidur?. Saya kehilangan kata-kata," kata pelanggan di trak makanan itu.

Sementara itu, Putera William memberitahu pelanggan bahawa Earthshot Prize merupakan projek berdurasi 10 tahun yang diasaskan pada 2020 bertujuan untuk membaik pulih bumi.


Sorted Food/Youtube

Hadiah itu mengiktiraf mereka yang menyediakan penyelesaian alam sekitar memandang ke hadapan merentas lima kategori iaitu Melindungi dan Memulihkan Alam Semula Jadi, Bersihkan Udara Kita, Memulihkan Semula Lautan, Ke Arah Dunia Bebas Pembaziran dan Memperbaiki Iklim.


Sumber: AWANI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 1-8-2023 02:55 PM
Iols dgr citer williams ni pun dh grumpy mcm bapa dia. Kesian kate kena hadap dia ni
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 04:08 PM
William ni klau ada rmbut mesti lg smart and handsome...
Quote mek_jah 2-8-2023 12:20 AM
berapa tahun lagi nak botak sepenuhnya?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040261 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top