CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Beli RM6 Untuk 3 Video Lucah Budak Lelaki 5 Tahun Dengan Lelaki Dewasa Kembali Aktif

1-8-2023 12:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2786| Komen: 8

Aktiviti jual beli video lucah membabitkan kanak-kanak lelaki dengan lelaki dewasa kembali aktif di Indonesia.

Kegiatan jual beli bahan video digelar VGK atau ‘video gay kid’ itu dilakukan menggunakan sejumlah akaun media sosial, lapor Kompas.com.


Antara platform media sosial yang digunakan untuk tujuan tersebut termasuk Instagram dan Twitter.


Gambar hiasan

Akaun yang terlibat akan cuba memancing pembeli dengan meletakkan imej kanak-kanak lelaki berserta keterangan aktiviti.

Kemudian, mana-mana pengguna media sosial yang berminat dengan kandungan itu akan meminta pemilik akaun menghantar video berkenaan kepada merka secara peribadi.

Bagi mengetahui lebih lanjut kegiatan tersebut, beberapa wartawan Kompas.com menyamar sebagai pembeli dan cuba menghubungi pemilik akaun VGK.

Berdasarkan perbualan bersama ‘admin’ atau pemilik akaun, mereka menawarkan video lucah kanak-kanak lelaki pada harga 20,000 hingga 40,000 rupiah (RM6-RM12) bagi setiap tiga video.


Jika bersetuju dengan harga yang ditawarkan, pemilik akaun itu akan berkongsi video berkenaan menerusi Telegram.

Pemilik akaun berkenaan turut memberitahu, kanak-kanak lelaki yang terlibat dalam video lucah itu berusia antara lima hingga 12 tahun.

Video berkenaan diperoleh daripada beberapa negara termasuk Indonesia, Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kegiatan itu masih berlaku dan mengarahkan semua pihak terlibat supaya segera melakukan siasatan.

“Pasukan cyber troops Polis Metro jaya sudah diarahkan untuk melakukan siasatan berhubung kes berkenaan,” kata Ade Safri.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Triple_8 1-8-2023 01:07 PM
Bagus untuk mengurangkan kadar kelahiran orang miskin, seperti laungan acik porumer kepam.
Quote edayildiz 1-8-2023 01:14 PM
yih..dah la gay..pedo lak..kalau gay yg make love ngan sama suka ngn patner dia tu mslh dia la kn..itu suka sama suka...geli wekk
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 02:02 PM
well mcm2 la dekat sana... dengan population 277 juta umat, anything can happen...after kita merdeka, nasib baik Tunku berkeras taknak join Indonesia and instead proceeded to form Malaysia as today... Thanks Tunku
Quote mek_jah 2-8-2023 12:20 AM
baru 5 tahun, rosak masa depan budak2 tu
Quote Sazreena 2-8-2023 10:43 AM
Aku doakan pedo-pedo yg buat video, subscribers and semua yg terlibat dalam penganiayaan kekanak ni buta mata dorang..pastu selang seminggu mati dlm keadaan azab.
Quote kakikuDibibirmu 2-8-2023 10:46 AM
OshinDaSolja replied at 1-8-2023 02:02 PM
well mcm2 la dekat sana... dengan population 277 juta umat, anything can happen...after kita merdeka ...

Ujung-ujung kena Konfrantasi Ganyang Malaysia daripada Indon

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.127801 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top