CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Rakan Sebilik- Sorokkan Mayat Dalam Almari Selama Dua Bulan Sampai Mereput, Alasannya Takut Hidup Kembali

1-8-2023 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1558| Komen: 3

Seorang lelaki disyaki membunuh rakan sebiliknya dan menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari pakaian selama dua bulan.

Daily Mail melaporkan, mangsa iaitu Beverly Ma tinggal bersama suspek yang dikenali sebagai George Anthony Bone sejak musim panas yang lalu.


Suspek dari Las Vegas itu dipercayai bertindak agresif dengan mencekik mangsa sehingga mati.


George Anthony, Foto: Daily Mail

Menerusi siasatan awal, pihak berkuasa mendakwa ada menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada 4 Mei lalu. Menerusi panggilan tersebut, mereka terdengar suara lelaki dan perempuan menjerit antara satu sama lain.

Apabila tiba di rumah mangsa pada keesokan harinya, mereka tidak menemui sebarang petunjuk malah tidak ada seorang pun yang membuka pintu.

Kematian mangsa terbongkar apabila ahli keluarga membuat laporan polis selepas 84 kali gagal menghubungi mangsa. 


Siasatan akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa di bilik sewanya. Rupa-rupanya, mangsa yang telah meninggal dunia sejak dua bulan lalu dan disembunyikan di dalam almari pakaian oleh suspek.

Ketika ditemui, mayat mangsa sudah mula mereput dengan tali pinggang di lehernya. Semasa soal siasat, suspek mendakwa mangsa telah bunuh diri dan tujuannya menyembunyikan mayat mangsa di dalam almari kerana bimbang mangsa akan ‘hidup semula’.

Tidak cukup dengan itu, mangsa memberitahu dia mengekalkan penghawa dingin pada suhu 60 darjah kerana bilangan lalat yang mengerumuni bilik tersebut. Suspek akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini iaitu 1 Ogos 2023. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 2-8-2023 09:32 AM
umah kokosen caprutttt

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.775922 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top