CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Ladang Sawit Bakar Bini Lepas Gaduh Pasal Keluarga

1-8-2023 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2028| Komen: 10

Perselisihan faham membabitkan keluarga membawa kepada tindakan kejam suami terhadap isterinya.

Dalam kejadian di kawasan perumahan ladang sawit di Tasek Gelugor kira-kira jam 9.30 malam semalam, mangsa berusia 35 tahun melecur sehingga 27 peratus pada anggota badan selepas dibakar suaminya menggunakan petrol.



Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa pada 10.45 malam berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi.

Katanya, ketika kejadian keempat-empat anak mereka berusia antara 10 hingga 15 tahun berada di rumah.

"Hasil siasatan awal mendapati anak lelaki mangsa berusia 13 tahun mendakwa mereka berada dalam bilik sebelum terdengar pergaduhan antara ibu dan bapanya.

"Remaja itu cuba keluar bagi melihat kejadian sebelum menyedari pintu bilik dikunci dari luar dan cuba menarik pintu serta berjaya membukanya," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.


Mengulas lanjut Mohd Asri berkata, remaja itu kemudian melihat ibunya berada di bahagian belakang luar rumah dalam keadaan badan terbakar manakala suspek cuba padamkan api itu menggunakan kain.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu melarikan diri apabila menyedari api pada badan mangsa semakin merebak.

"Mangsa sempat meminta bantuan anak lelakinya mengambil air bagi memadamkan api itu.

"Remaja lelaki berkenaan mengambil air dari bilik air berdekatan dan memadamkan api pada badan mangsa sebelum meminta bantuan daripada jiran bagi menghubungi pihak polis," katanya.

Mohd Asri berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan semakan pegawai perubatan mendapati wanita terbabit melecur 27 peratus pada anggota badan.

"Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk pernah mencederakan mangsa.

"Pasangan suami isteri itu adalah pekerja ladang dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 1-8-2023 12:44 PM
Ayoyo… 15thn patut dah tau konsep padamkan api yg disebabkan oleh petrol jgn pakai air. Form 1 dah belajar pun
Quote Decaffeinated 1-8-2023 12:50 PM
Baru tau kat Penang ada ladang sawit
Quote zehra2 1-8-2023 12:57 PM
kesian nya lah anak. trauma tgk mak nya dibakar bapak
Quote kepompong 1-8-2023 01:02 PM
macam baru lagi kejadian suami bakar isteri kat perak????
Quote kepompong 1-8-2023 01:02 PM
trend masakini kah? asal gaduh je bakar. gaduh je bakar
Quote mek_jah 2-8-2023 12:19 AM
trauma anak yang kena padamkan api tu
Quote Selubung 2-8-2023 12:21 AM
Ya allah kesiannya mesti trauma anak tu teruk betul laki diaaa dasar laki x guna
Quote Selubung 2-8-2023 12:22 AM
Takutnyaa banyak kes dera ni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033205 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top