CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Warga Emas Rentung Atas Katil Di Pusat Jagaan

1-8-2023 12:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1851| Komen: 7

Seorang wanita warga emas ditemui rentung di atas katil dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan di Seksyen 5, Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.13 tengah malam.



Kebakaran melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas dengan jenis bangunan struktur kelas A melibatkan kemusnahan 30 peratus. - Foto JBPM Selangor

Berikutan itu, 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas berkeluasan 50 x 100 kaki persegi, jenis bangunan struktur kelas A, melibatkan kemusnahan 30 peratus daripada keluasan keseluruhan bangunan.

"Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni termasuk penjaga yang telah bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.


"Namun terdapat seorang mangsa wanita warga emas berusia 69 tahun, ditemukan rentung di atas katil di sebuah bilik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Foto JBPM Selangor

Mengulas lanjut, Wan Md Razali berkata, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera bomba sampai ke lokasi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 2-8-2023 12:18 AM
salam takziah..
Quote akusukaq 2-8-2023 02:50 PM
Mati terbakar tu kira mati syahid kalu ummat Islam
Quote Tinot7 2-8-2023 05:47 PM
Takziah kpd keluarga..

Takleh bayang bila famili terima berita
Quote Zeatyisaac 2-8-2023 07:47 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Salam Takziah buat keluarga.
Quote sharlenetexas 7-9-2024 05:24 PM
⠀⠀⠀ replied at 7-9-2024 05:23 PM

Siapa upah kau?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.156919 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top