CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Titah Sultan Nazrin Puji PAS Ditularkan Semula Untuk Tarik Sokongan Pengundi

1-8-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1555| Komen: 3

Tindakan pihak tertentu memetik titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada tahun 2013 yang ditularkan semula dipercayai Dewan Negara Perak bertujuan meraih undi Pas menjelang pilihan raya di enam buah negeri pada 12 Ogos ini.


Ahli Dewan Negara Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin berkata, ini berikutan satu video ditularkan seorang wanita yang memuat naik satu bahagian kecil titah Raja Nazrin Shah yang dizahirkan pada 2013 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang menyentuh mengenai Pas.


Kosmo

Menurutnya, cara klip video itu diolah telah mengaitkan dan mengheret secara langsung atau tidak langsung kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik.

Beliau berkata, video tersebut memuat naik sebahagian kecil titah Raja Nazrin Shah yang ketika itu Pemangku Raja Perak yang dizahirkan pada 19 Februari 2013 dalam Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran DBP bertema ‘Perpaduan Ummah, Harapan, Realiti dan Cabaran’.


“Dalam wacana tersebut, baginda menzahirkan analisis melibatkan dua buah parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan Pas yang merupakan dua kuasa politik Melayu yang dominan ketika itu.

“Baginda tidak hanya menzahirkan kata-kata positif terhadap Pas tetapi secara seimbang turut menzahirkan kupasan yang sama terhadap UMNO.

“Titah baginda mengandungi 7,400 patah perkataan dan mengambil masa 90 minit semasa dizahirkan.

“Bahagian yang memuji parti Pas hanyalah petikan pendek, begitu juga pujian terhadap UMNO. Untuk itu, tidak timbul baginda hanya memandang tinggi mengenai Pas,” katanya dalam kenyatan yang dikeluarkan di sini semalam.

Mohd. Zahidi berkata, malah kandungan titah tersebut sarat menghuraikan sejarah kedua-dua parti Melayu tersebut dan demi kebaikan bangsa dan negara, pentingnya untuk ummah mencari jalan menjalin persefahaman dan kerjasama meskipun memilih pendekatan politik yang berbeza.

Menurutnya, baginda memberikan ulasan seimbang antara dua buah parti politik Melayu tersebut dan turut menzahirkan peringatan kepada kedua-dua pihak agar keghairahan mendapatkan sokongan politik dan kuasa jangan sampai memecahbelahkan bangsa dan memusnahkan negara.

Beliau berkata, demi melindungi nama baik Sultan Perak daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk meraih laba politik, Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 29 Julai.

Sementara itu, polis Perak mengesahkan menerima 20 laporan berhubung video tular berkenaan sejak semalam dengan laporan pertama dibuat di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan kes itu juga telah diambil oleh Bukit Aman. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 2-8-2023 12:09 AM
terdesak dah tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.123146 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top