CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN: Baddrol Bakhtiar Tak Mahu Beri Harapan Janji Manifesto

1-8-2023 10:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2018| Komen: 7

Gurun: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Gurun, Baddrol Bakhtiar mempunyai manifesto sendiri dan tidak mahu memberi harapan dengan janji kerana bimbang apa yang dijanji tidak dapat ditunaikan.


Bekas kapten pasukan Kedah itu menjawab video berkaitan dakwaan beliau tidak mempunyai manifesto seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.


"Tapi saya ni (ini) jenis tak banyak cakap, kalau saya cakap banyak pun.. manifesto tu (itu) saya tak buat, orang akan cakap saya bagi harapan, janji sana sini tapi tak buat.

"Macam saya cakap tadi, calon sebelum ni (ini) pun, dia bentang semua manifesto tapi apa pun tak buat... Saya tak mau (mahu) la jadi kat (dekat) diri saya.

"Sebabnya saya ada pendirian saya untuk merealisasikan impian anak-anak muda di negeri Kedah ini, khususnya di Dun Gurun ini.. memajukan lagi pemuda-pemuda di kawasan ini dalam apa bidang sekali pun termasuk dalam pendidikan terutamanya sukan," katanya ketika berucap pada majlis ceramah di Gurun, malam tadi.


Baddrol berkata, pada hari penamaan calon yang lalu, sudah dimaklumkan bahawa calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini masing-masing mempunyai tokoh iaitu dua profesor, dua tokoh sukan dan ustaz.

Katanya, mungkin kelebihan yang ada padanya dalam bidang sukan, dia diberikan tawaran oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memajukan anak-anak muda di negeri ini dalam bidang sukan atau apa jua bidang sekali pun.

"Dan dia (Sanusi) pesan pada saya jangan memilih kaum dan babitkan juga antara kaum India, Cina, Siam untuk negeri Kedah ini.

"Dan saya mendengar apa yang beliau bentangkan itu, saya begitu terpikat sekali dan begitu semangat untuk memajukan apa yang dia cakap selama ini mengenai The Greater Kedah," katanya melalui akaun Tik Tok miliknya, malam tadi.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meiya_loya 1-8-2023 12:03 PM
Ceh...habis tu ape aim ko nak jadi calon? Ke nak kaut projek je kalau menang??? Ini lah salah satu calon bodoh piang yg dipergunakan pn. Nak undi populis je.
Quote Kurex 1-8-2023 03:11 PM
Paha, betis sedap...
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 03:54 PM
dik Baddrol, biarlah org nk kata engko tak pndai ckp ke apa, asalkan jangan tabur janji2 palsu dan berdegar degar masa berkempen... keep it low profile dan buat apa yg termampu untuk rakyat di Dun tersebut...jgn contohi pihak lg satu tu yg kuat hipokrit dan ckap lain buat lain... All the best ye
Quote OshinDaSolja 1-8-2023 03:58 PM
meiya_loya replied at 1-8-2023 12:03 PM
Ceh...habis tu ape aim ko nak jadi calon? Ke nak kaut projek je kalau menang??? Ini lah salah satu c ...

it's the freedom of democracy... sesiapa pun bole jadi calon, penyanyi, pemain bola and whatever... sedangkan bekas banduan penjara pun bole jd perdana menteri... kita nk ckp apa...
Quote supernaturalee 1-8-2023 04:09 PM
"Baddrol bin Bakhtiar (born 1 February 1988) is a canadiate Malaysian politician and former professional footballer." - wiki


sape la yg update info die kt wiki ni

Quote nikaido 1-8-2023 04:09 PM
bila takde manifesto, dah macam takde objektif takde tujuan ko jadi YB. even calon bebas mcm azwan ali dulu pun ada manifesto
Quote manapBKK 8-8-2024 09:54 PM


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.262514 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top