CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Umur 80 Tahun Tenat Gara-Gara Kanser, Keluarga Upah Penari Lelaki Seksi Untuk Hiburkan Hati

1-8-2023 10:27 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1624| Komen: 3

New York: Seorang penari dari New York, Amerika Syarikat berkongsi pengalamannya membuat persembahan untuk seorang penghidap kanser yang berusia 80 tahun.

Daily Star melaporkan, Max Martin, 26, dia diupah oleh keluarga wanita itu untuk membuat persembahan sebagai salah satu cara untuk memenuhi permintaan terakhirnya.


Max diupah untuk menghiburkan seorang wanita yang sedang tenat.

"Awalnya saya sukar nak terima permintaan itu kerana ibu saya juga baru enam bulan meninggal kerana kanser. Tapi saya tetap teruskan.

"Ketika buat persembahan, saya lihat semua ahli keluarganya berpelukan dan ketawa antara satu sama lain. Mereka begitu gembira meraikan hari lahir nenek mereka serta Krismas.

"Ketika itu saya baru sedar, ini mungkin Krismas terakhir nenek mereka. Jadi saya terus bersemangat untuk hiburkan mereka semua," imbasnya.


Menurut Max, dia juga terharu apabila warga emas itu terhibur dengan persembahannya pada malam itu.

"Nenek tu cakap ia merupakan hadiah hari lahir terbaik untuknya. Saya gembira bila dia gembira. Ia seperti satu terapi untuknya," kata Max lagi. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 1-8-2023 10:40 AM
ensem max martin ni..i loike..ahaha
Quote mojarean_X 3-8-2023 10:28 PM
Herlokkkkkkkkkk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.253183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top