Kecoh di media sosial rakaman aksi seorang penunggang motosikal yang menunjukkan isyarat lucah ke arah pemandu sebuah kereta. Penunggang wanita itu dipercayai berang apabila sebuah Proton Waja berhenti di tengah-tengah persimpangan jalan, menyebabkan dia nyaris kemalangan.
Wanita bertudung itu dilihat terpaksa menekan brek secara mengejut apabila tayar motornya nyaris 'mencium' sebuah kereta Proton Saga yang turut berada di dalam petak kuning. Dia kemudiannya berpaling ke belakang sambil mengangkat jari tengah kepada pemandu Waja yang telah membelok ke arah lain. Wanita itu dipercayai berang terhadap pemandu Proton Waja yang nyaris menyebabkan dia kemalangan. Menurut beberapa netizen, kejadian itu berlaku di persimpangan Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. "Petak kuning mana boleh berhentikan kenderaan. Bodoh ek. "Kalau perempuan it's okay la, tak ada apa pun. "Eh dia yang salah, bongok haha," tulis beberapa pelayar Twitter. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT