CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Berita Hadi Awang Dilarang Masuk Arab Saudi Kerana Ideologi Pengganas

1-8-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1944| Komen: 4

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan dakwaan tular mengatakan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilarang memasuki Arab Saudi kerana ideologi pengganas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, parti itu berkata, penyebaran dakwaan sedemikian merupakan bukti terdapat pihak yang ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.



FB

"Faktanya adalah kenyataan rasmi Arab Saudi menggunakan tahun hijrah, bukan masihi dan Abdul Hadi bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

"Ayuh bersama Perikatan Nasional (PN), kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan kita bina negara yang bersih dan stabil," kata Pas dalam kenyataan itu, pada Selasa.




Terdahulu, tular di media sosial sejak Isnin satu kenyataan kononnya Abdul Hadi dilarang memasuki Arab Saudi kerana didakwa mempunyai ideologi pengganas.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 2-8-2023 12:12 AM
lepas ni karang pakai chatgpt ya...
Quote Azharitubunga 2-8-2023 12:26 AM
Sejak 2017 lagi tghh sudah dibanned

Kenapa tetiba baru keluar kuatkuasa 31.7.2023

Nak tipu pun agak2 la

Koyakkk
Bohonggg tak sudah

Belajar menulis lagi yer

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.608899 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top