Dua pencuri membawa pagar rumah yang dilarikan di atas motosikal, dikesan polis yang sedang melakukan rondaan. Suara.com melaporkan, video tular di media sosial Indonesia itu dimuat naik dalam akaun Instagram @medantalk.
Ketika melarikan pagar tersebut, dua pencuri itu dikesan oleh Pasukan Anti Kecurian Polis Medan yang sedang melakukan rondaan di jalan raya. Pasukan itu segera mengejar pencuri tersebut dengan menaiki motosikal sebelum menjerit ke arah mereka. Jeritan itu membuatkan pencuri itu menoleh ke arah belakang manakala salah seorang daripada mereka terkejut sebelum menutup mukanya. Ketua Polis Daerah Patumbak, Faidir Chaniago mengesahkan pihaknya telah menahan dua lelaki yang disyaki pencuri seperti yang tertera dalam video berkenaan.
|
ADVERTISEMENT