Minggu lalu menjadi satu lagi momen manis buat Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) ini apabila persembahan mereka di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menempa kejayaan.
Ditanya mengenai perancangan masa depan mereka, Putuceri berkata, mereka merancang untuk mengadakan persembahan khas pada 2025. "Kami menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo lagi, tetapi bukanlah tahun ini. Kalau ikutkan, tahun 2025 akan menjadi tahun ke-10 Kugiran Masdo. Kami rancang untuk beri hadiah kepada peminat menerusi konsert. "Kalau ikutkan impian, kami nak adakan konsert di lokasi terbuka. Kami nak janjikan satu persembahan bernilai buat mereka yang menyokong kami dari awal pembabitan kami sehinggalah ke detik itu," katanya. Turut menempa nama di Indonesia, Putuceri berkongsi keterujaan mereka dengan layanan hangat daripada peminat di negara jiran itu.
"Di Indonesia, penerimaan mereka juga luar biasa. Setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri. Di Jakarta dan Bandung, kami dilayan seperti orang tempatan dan tak rasa terasing langsung," katanya. Belajar dari pengalaman, Putuceri turut berkongsi onak dan duri yang pernah dilalui, sekali gus menjadi pengajaran buat mereka.
|
ADVERTISEMENT