CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1926|Reply: 1

Lepas DFP, Kugiran Masdo Idam Konsert Tempat Terbuka

[Copy link]
Post time 1-8-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Minggu lalu menjadi satu lagi momen manis buat Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putuceri (bass) dan Asmawi (gitar) ini apabila persembahan mereka di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menempa kejayaan.


Ditanya mengenai perancangan masa depan mereka, Putuceri berkata, mereka merancang untuk mengadakan persembahan khas pada 2025.






"Kami menyimpan impian untuk mengadakan konsert solo lagi, tetapi bukanlah tahun ini. Kalau ikutkan, tahun 2025 akan menjadi tahun ke-10 Kugiran Masdo. Kami rancang untuk beri hadiah kepada peminat menerusi konsert.


"Kalau ikutkan impian, kami nak adakan konsert di lokasi terbuka. Kami nak janjikan satu persembahan bernilai buat mereka yang menyokong kami dari awal pembabitan kami sehinggalah ke detik itu," katanya.


Turut menempa nama di Indonesia, Putuceri berkongsi keterujaan mereka dengan layanan hangat daripada peminat di negara jiran itu.


"Di Indonesia, penerimaan mereka juga luar biasa. Setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri. Di Jakarta dan Bandung, kami dilayan seperti orang tempatan dan tak rasa terasing langsung," katanya.


Belajar dari pengalaman, Putuceri turut berkongsi onak dan duri yang pernah dilalui, sekali gus menjadi pengajaran buat mereka.


  



"Antara pengalaman kami adalah apabila terpaksa berdepan penipuan oleh individu di Indonesia. Ketika ditawarkan untuk ke sana, kami rasa kalau tak ambil peluang itu, rugi juga. Jadi, kami ambil dan bila dah ke sana, kami ditipu dan terpaksa keluarkan kos sendiri.


"engalaman itu mengajar kami untuk lebih berhati-hati memberi kepercayaan kepada orang dan pilih orang yang tepat. Tapi, kalau tak kena, mungkin kami takkan belajar.


"Sekarang kami dah mula nak cari ejen untuk memudahkan urusan kami di sana," katanya.


Selain Pujaanku, Kugiran Masdo juga juga baru saja melancarkan single berjudul Inilah Jalan-Nya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 06:33 PM | Show all posts
Kira power la tu dpt buat konsert kt dfp... Pastu tmpt terbuka nk buat kt mana pula?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.115126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list