Pihak berkuasa San Fransisco menjalankan siasatan berikutan tindakan Elon Musk memasang huruf "X" gergasi di ibu pejabat Twitter di sana tanpa memohon sebarang permit untuk kerja-kerja berkenaan.
Menurut Associated Press, pihak berkuasa bandar itu juga sedang menyiasat kerja-kerja pemasangan logo gergasi tersebut yang didakwa tidak mempunyai permit keselamatan, lapor USA Today. Isnin lalu, polis San Fransisco turut menghentikan pekerja yang sedang menanggalkan logo burung daripada bangunan itu kerana risiko keselamatan yang gagal dipenuhi. Pertukaran logo pada bangunan itu berlaku selepas Elon membuat penjenamaan semula ke atas laman sosial Twitter yang kini dikenali sebagai X. Elon turut berkongsi video, memaparkan wajah baharu ibu pejabat syarikat itu menerusi ciapan di Twitter miliknya. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT