CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YouTuber Degil Rakam Gambar Tanpa Kebenaran Ditumbuk Semasa ‘Live’

1-8-2023 09:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2738| Komen: 8

Pesohor YouTube dari Korea Selatan yang sedang bersiaran langsung di tepi sebuah pantai di Pattaya, ditumbuk di muka oleh seorang lelaki Thailand.

Thaiger melaporkan, video kejadian itu dimuat naik Ri An-seong di saluran YouTube miliknya dan laman web Kick.



Video kejadian itu dikongsikan semula oleh Kick dan ia menjadi tular. – Facebook

Menurut akhbar ThaiRath, insiden berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) pada 28 Julai lalu di Pantai Jomtien.

Dalam video yang kini tular, An-seong dilihat berjalan di pantai itu sambil bercakap kepada  penonton.

Seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Anupong menjerit ke arah An-seong kerana wajahnya dirakam tanpa kebenaran.

“Jangan rakam saya!” kata Anupong yang dibalas oleh An-seong bahawa dia tidak merakam wajah lelaki itu.

Kedua-dua mereka berbalas isyarat lucah dan mula bertengkar. Anupong kemudian menumbuk muka An-seong sebanyak dua kali, menyebabkan hidungnya berdarah.




Selepas kejadian itu, An-seong memadamkan video tersebut, namun ia dikongsikan semula oleh Kick dan mendapat perhatian ramai pengguna media sosial.

Sebilangan netizen menyokong An-seong dan  berkata, dia tidak melakukan apa-apa kesalahan, manakala sesetengah yang lain menegaskan bahawa layanan diterima wajar kerana An-seong melanggar privasi individu lain.

Menurut Polis Pelancong Pattaya, kedua-dua mereka masing-masing didenda 1,000 baht (RM132) kerana terlibat dalam pertengkaran fizikal dan menyebabkan gangguan di tempat awam. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 1-8-2023 10:49 AM
nah...tu makan dia.. vlog ke apa ke social experiment ke...semua benda kau nak rakamkan, nak buat live... pastu acah2 komen negara orang bagai... kat sini pun sama je..asal ada omputih ke korea kepam buat video je semua nak menggelupoh jadi host nak bawak jalan2 semua... kena ngan orang tak suka kena rakam ni baran dia lain macam ye..awassssss..
Quote s@s@ 1-8-2023 12:31 PM
mendapatla....
Quote Decaffeinated 1-8-2023 03:25 PM
Thank you Anupong.

Kenapa lah ko tak tikam sekali baru ada akal. Youtuber ni sila lah belajar etika sikit. Macam syial aku tengok ikut suka mak bapak rekod gambar orang.

Quote zorrro_03 1-8-2023 03:53 PM
sukurrrrr.  kalau dapat patah kan hidong sepet tu pun bagus.  tahniah.



Thai 1 - sepet 0.
Quote dekmieDandy 1-8-2023 03:59 PM
mesti mat korea tu nak berlagak kan, boleh rakam senang-senang dekat thai

sebab kat korea strict pasai rakam public ni
Quote _kelly 1-8-2023 04:20 PM
padan muka dia..harap kat malaysia pon boleh buat camni..ko nak share privasi diri sendiri silakan tapi jangan kacau privasi orang

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057447 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top